Thursday, September 30, 2010


29.september.2010




rasanya makin hari makin membimbangkan.assagment banyak lagi tergendala.pening2,,,sepatutnya aku tak tangguhkan kerja,ni lah akibatnya sekarang dibebani dengan assgment berlambak. peristiwa yang terjadi pada bulan ramadhan mengingatkan aku tentang betapa kerdilnya kau sebagai makhluk ALLAH...masih ku ingat ketika membaca artilel dan majalah tak silap tahun 2002 dimana remaja yang digelar skinhead,black,punk telah bertindak kurang siuman apabila membakar Al-Quran.masyaALLAH begitu sekali tindakan mereka yang telah lupa akan asal usul diri. melalui Al-Quran aku masih terkenang ketika ramadan pada bulan mulia inilah manusia membersihkan diri dengan melakukan solat sunat yang telah diabaikan ketika hari2 biasa. dalam islam sendiri bulan ramadan bulan pembersihan dosa n jiwa yang penuh dengan kehitaman....,namin begitu tidak terlepas dari manusia yang masih melakukan maksiat di bulan ramadan.

Saturday, September 25, 2010

25.9.2010.sabtu

hari ini aku masih memikirkan apa yang patut aku buat bagi memenuhi tugasan bagi penulisan kreatif. bukan mudah rasanya untuk mencipta cerpen berbentuk eksperimen,tapi mungkin dengan membaca lebih banyak aku dapat mencipta idea bagi menyiapkan tugasan itu.kawan-kawan sudah punya idea masing-masing tapi aku,...masih memikirkan tentang idea yang menarik.apa yang menarik agaknya ya??? hujan yang turun mula mengganas menapak pada tanah yang gersang kini membuat aku merasakan seperti juga aku yang kian bercelaru,..aduhai alangkah indah kiranya sekarang aku mempunyai idea..tapi aku betul-betul menarik pada kata-kata Dr mawar yang meminta menjadikan tokoh sebagai tempat untuk mencari idea.dalam fikiran aku ketika itu aku ingin jadikan tokoh seperti hang tuah atau sesiapa sahaja sebagai orang pakar dalam motivasi.alangkah menariknya ye,namun boleh kah aku menguasai bidang motivasi dalam menyiapkan cerpen itu,ah merumitkan ye.tapi aku memang minat menulis dan ingin jadi penulis seperti Nisah Haji Haron,Faisal tehrani.bagi aku mereka walaupun dalam bidang lain tapi mampu menulis cerpen dan novel yang menarik, mengapa tidak aku yang telah belajar dalam bidang ini....masa kini tidak megizinkan aku untuk menaip.kilat yang mula mengganas menampakkan taringnya dan ribuan titik-titik hujan menggelamkan pandangan diluar untuk aku lihat.kini hanya hujan yang menguasai bumi yang mendahagakannya.

Wednesday, September 22, 2010

Salam Lebaran...






Assalamualaikum w.b.t..
Selamat datang ke blog saya. Salam Aidilfitri buat rakan-rakan Persuratan Melayu. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada Dr. Mawar kerana terlewat menyiapkan blog saya. Pasa masa yang akan datang saya akan menyiapkan entri blog saya. Sekian.