Thursday, October 28, 2010

persimpangan jalan


keindahan jalan yang begitu cantik sekali,namun berbekalkan gambar ini saya mengumpul segala idea-idea untuk menyipkan cerpen eksperimen. daripada jalan ini saya akhirnya berjaya menceritakan kisah tentang seseorang wanita yang berusaha memilih jalan yang betul atau sebaliknya mealui mimpinya. seperti kita yang melalui jalan  namun sampai di persimpangan kita akan membuat keputusan yang betul sama ada untuk memilih jalan ke kanan atau ke kiri, namun sekiranya kita silap memilih pasti akan terjadi sesuatu kepada kita, contohnya saya masih ingat dahulu semasa pergi kenduri sepupu kami bertolak sebanyak 5 buah kereta kerana saya tidak tahu jalan untuk kerumahnya, namun kerana kesilapan kereta hadapan yang terlalu laju akhirnya saya ketinggalan dan terpaksa mencari jalan yang betul dengan berbekalkan keyakinan, namun akhirnya sampai di satu persimpangan kami terpaksa memilih jalan mana harus lalui dan kerana silap memilih jalan,kami telah sampai di majlis kenduri agak lewat,lebih-lebih lagi tiada panduan jalan yang boleh membantu. begitulah dengan cerpen saya dimana tanpa panduan iaitu ilmu di dada sudah pasti akan tejatuh,oleh itu ilmu perlulah ada dalam diri agar jalan yang dipilih nanti akan membawa kebahagiaan diakhirat kelak,,,cerita saya inilah membawa kepada kesilapan pada diri yang terlalu ego akhirnya membawa keinsafan dalam diri.

minggu exam

tanpa secalit rasa, rasanya agak lama diri ini cuba memalaskan diri untuk berpena diruangan blog ini,aduhai satu alasan yang cukup munasabah disamping exam yang sudah bermula,kepenatan semakin menjalar disetiap urat-urat saraf kerana cuba bersengkang mata membaca, kerinduan pada keluarga bertambah kuat tatkala menanti cuti semester yang bakal muncul tidak lama lagi.kebimbangan pada seseorang sahabat turut menjalar didalam hati naluri ini. apa yang diharapkan dalam detik hati kecil ini agar dibukakan pintu hatinya nanti.entah kenapa jiwa dan naluri hati ini merasakan satu rasa kebimbangan yang mula bersarang didada ini. tiada kata yang dapat digambar malah diucap dari bibir ini kerana hanya dia yang mampu mengubah segalanya. hati yang tak bisa merubah segalanya kian tertanam di dalam sudut sanubari ini..

Wednesday, October 13, 2010

makanan kesukaanku


masih aku teringat tatkala pulang ke kampung halaman,aku pasti meminta ibuku membuat nasi kerabu kerana di sini tempat aku belajar susah nak mencari nasi kerabu yang betul-betul...unik kan?cuba lihat nasinya yang berwarna biru,,,kalau dibandar orang akan membuat dengan menggunakan pewarna sedangkan di kampung warna itu datang dari bunga,,aneh sekali..nasi ini kadang-kadang orang luar tidak pandai makan malah mereka menggelar dengan nasi ulam atau nasi sampah,,aku pelik namun baru aku sedar kenapa mereka memanggil sedemikain rupanya sebab nasi kerabu ada ulam yang banyak,,,aduhai susah kan?nasi kerabu ini macam-macam boleh dibuat sama ada makan dengan ayam atau ikan,,,sudah pasti rasnya kalau kita menggaulkan semua bahan-bahan tersebut boleh dijadikan cerita disebaliknya..tentang manusia?tentang kesakitan atau apa-apa sahaja..rasanya menarik kalau kita mampu mengeksperimenkan idea itu...

Sunday, October 10, 2010

kesibukan menyiapkan tugasan untuk bagi pembentangan hari selasa ini membuatkan aku lupa untuk melayari blog ini.sudah lama ku tinggalkan blog ini sepi tanpa berita untuk dititipkan di halaman ini.hari ini baru aku berpeluang untuk coretkan luahan rasa.selama tiga hari tanpa kelas, aku hanya berkunjung ke ptsl untuk mencari bahan rujukan tugasan novel dan dekorasi melayu. sungguh penat rasanya, namun sudah lumrah sebagai pelajar.hari exam semakin datang menjenjuk diriku, membuatkan aku makin bimbang dan gusar andai pointer semester ini akan jatuh.harap-harap dapatlah aku buat yang terbaik.kerinduan pada keluarga dekat nun jauh di sana membuatkan aku termenung memandang langit yang luas terbentang.aku suka melihat pokok-pokok yang menghijau pabila aku membuka tingkap,rasa kesunyian dan kedamaian bagi mencoretkan sesuatu sahaja,

Tuesday, October 5, 2010


tatkala terpandang akan bunga ini amat menarik hatiku,rasa damai sahaja bila pandang bungai ni,,,alangkah indahnya jika di meja tulis aku mempunyai pasu dan bunga yang secantik ini,mungkin idea untuk menulis cerpen lebih mudah kan?apa pun aku amat suka akan bunga ini,,,,sngat menarik sekali,cuba kalian pandang pasti terpegun dengan kecantikannya.



Sunday, October 3, 2010

coretan rasa

pada tarikh 30.september.2010.kami sekelas pergi ke dewan bahasa dan pustaka untuk menyaksikan pertandingan akademi sastera. pertandingan ini menyaksikan pendapat atau pandangan pelajar universiti dalam menganalisis novel yang dikarang oleh tokoh-tokoh sastera. rakan sekelas kami turut bertanding iaitu wan mohd syazwan. walaupun gagal untuk pergi keperingkat akhir namun usaha dalam diri untuk berusaha pada masa akan datang jelas tergambar pada wajahnya. kami semua begitu gembira kerana inilah pertama kali kami sekelas menaiki bas bersama-sama untuk ke dewan bahasa dan pustaka. harap-harap peluang seperti ini datang lagi semoga kami semua memperolehi pengalaman yang banyak semasa berada di sana.terima kasih kepada che abdullah che ya kerana membawa kami semua.