Thursday, October 28, 2010

minggu exam

tanpa secalit rasa, rasanya agak lama diri ini cuba memalaskan diri untuk berpena diruangan blog ini,aduhai satu alasan yang cukup munasabah disamping exam yang sudah bermula,kepenatan semakin menjalar disetiap urat-urat saraf kerana cuba bersengkang mata membaca, kerinduan pada keluarga bertambah kuat tatkala menanti cuti semester yang bakal muncul tidak lama lagi.kebimbangan pada seseorang sahabat turut menjalar didalam hati naluri ini. apa yang diharapkan dalam detik hati kecil ini agar dibukakan pintu hatinya nanti.entah kenapa jiwa dan naluri hati ini merasakan satu rasa kebimbangan yang mula bersarang didada ini. tiada kata yang dapat digambar malah diucap dari bibir ini kerana hanya dia yang mampu mengubah segalanya. hati yang tak bisa merubah segalanya kian tertanam di dalam sudut sanubari ini..

No comments:

Post a Comment