Thursday, October 28, 2010

persimpangan jalan


keindahan jalan yang begitu cantik sekali,namun berbekalkan gambar ini saya mengumpul segala idea-idea untuk menyipkan cerpen eksperimen. daripada jalan ini saya akhirnya berjaya menceritakan kisah tentang seseorang wanita yang berusaha memilih jalan yang betul atau sebaliknya mealui mimpinya. seperti kita yang melalui jalan  namun sampai di persimpangan kita akan membuat keputusan yang betul sama ada untuk memilih jalan ke kanan atau ke kiri, namun sekiranya kita silap memilih pasti akan terjadi sesuatu kepada kita, contohnya saya masih ingat dahulu semasa pergi kenduri sepupu kami bertolak sebanyak 5 buah kereta kerana saya tidak tahu jalan untuk kerumahnya, namun kerana kesilapan kereta hadapan yang terlalu laju akhirnya saya ketinggalan dan terpaksa mencari jalan yang betul dengan berbekalkan keyakinan, namun akhirnya sampai di satu persimpangan kami terpaksa memilih jalan mana harus lalui dan kerana silap memilih jalan,kami telah sampai di majlis kenduri agak lewat,lebih-lebih lagi tiada panduan jalan yang boleh membantu. begitulah dengan cerpen saya dimana tanpa panduan iaitu ilmu di dada sudah pasti akan tejatuh,oleh itu ilmu perlulah ada dalam diri agar jalan yang dipilih nanti akan membawa kebahagiaan diakhirat kelak,,,cerita saya inilah membawa kepada kesilapan pada diri yang terlalu ego akhirnya membawa keinsafan dalam diri.

No comments:

Post a Comment