Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

tanpa duga tahun baru telah muncul (2011) telah meninggalkan tahun lama (2010).banyak kenangan yang telah terpahat dalam kamus kehidupan, tahun lama telah menjadi satu memori yang sukar untuk dilupakan kerana banyak mematangkan hidup ini untuk mengenal erti sebuah persahabatan,erti kasih sayang. terlalu sukar untuk ditafsirkan.kini tahun baru muncul lagi,,,kata orang bila tahun baru muncul azam baru juga perlu ada, betul ke?bagi diri ini azam ada atau tidak tidak penting, kerana yang penting adalah kita menadah tangan berdoa dan bersyukur kerana masih lagi bernafas untuk meneruskan hidup,,,mencapai cita-cita,namun kadang kala manusia lupa diri bila muncul tahun baru mereka meraikan tahun baru dengan berparti dan berseronok,,,fikirlah adakah itu budaya kita?tak salah sambut tapi dengan cara betul...




                                                 selamat tahun baru semua kawan-kawan

bagi diriku tahun 2010 adalah satu tahun yang meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari kerana aku mula memahami erti hidup,,,apa yang kita miliki tak kan kekal selamanya,,betul tak?aku menerima satu ini ketentuan ilahi dengan penuh kesyukuran....namun penghujung tahun 2010,,,satu anugerah darinya muncul namun anugerah itu belum pasti akan kekal untuk diriku yang terpilih,,,
semoga tahun baru ini akan memberi satu keindahan buatku,,Amin.



                       hidup ini tidak selalunya indah TETAPI yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

Tuesday, December 28, 2010

CINTA???

ada apa dengan cinta ya? ramai yang ingin bercinta dan saling menyayangi,,sifat lumrah yang diberikan pencipta kepada hambanya sudah azali hingga rasa itu akan lahir dan wujud antara manusia lelaki dan perempuan,,,kadang-kadang kita lupa cinta yang sebaiknya adalah menurut cara islam tetapi kini batas remaja semakin menjadi tanpa mereka segan silu membuat perkara tidak elok hingga membawa kepada penzinaan,,manusia makin lupa dan tidak berpijak dibumi yang nyata apabila akhirat kian dilupakn dan dunia menjadi pujaan,,,lupakah kita???itulah persoalannya,,tak salah jika bercinta kerana kadang lkala cinta menjadi manusia berubah menjadi lebih baik tapi yang ditakutkan kerana cinta manusia menjadi lebih teruk,,salah siapa kita atau CINTA? sudah pasti jawapan telah ada pada diri masing2 kan? namun yang pasti cinta yang indah adalah padaNYA, yang tak kan meninggalkan kita malah melukai atau membuat kita derita,,,:)



inilah rasa cinta yang ada dalam hati

namun rasa itu muncul apabila kita menyukai seseorang walaupun kita belum mengenalinya?adakah itu rasa cinta??sukar untuk memikirkan,,salah siapa hati atau diri kerana hati dan diri menyukai seseorang namun tidak pernah ingin menyuarakan kerana pada prinsip "tidak ada perigi mencari timba" sshnya bila hati dah suka kan?namun batas hati dan diri mengawal segalanya kerana mungkin dia milik orang atau meminati sang bunga hati pujaannya,,rasa ini dibiarkan sepi dan berlalu hingga meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa,rasa sakit datang menerjah tiba-tiba,adakah itu cinta tulus dari hati pada sang kumbang keran hati ini terlalu sukar untuk meminati seseorang hinggalah hadirnya,,,namun segala rahsia menjadi terang dan rasa itu dibiarkan pergi dalam jiwa agar ia tidak akan buat hati wanita ini rasa sebak,,,kenapa harus muncul dan timbul rasa itu sedangkan tidak pernah terfikir dalam hati dan kepala ini,,,,sakit sangat,,,,namun hanya doa dipohon agar jangan diri rasa sesebak ini kerana cinta itu murni anatara dua pihak,,bukan satu malah cinta tak kan terbina andai ada insan lain yang berduka dan bersedih,,,tak ingin rasanya orang lain menderita dan sedih kerana rasa cinta ini,,apakah ini sebagai galang gantinya,,,namun hati ini tak kan biarkan seseorang lain sedih bila rasa cinta sang kumbang dan bunga terwujud,,,,

                                     hanya doa yang memberi sinar nurani pada hati,
                                     agar rasa itu betul2 anugerah buat kami,
                                     agar bisa tercapai hasrat yang diperkenan olehNYA,

JIKA benar cinta itu untuk kami satukan kami di medan kebahagiaan,agar bisa kami menjalankan ibadah murnimu,YaALLAH,,,,andai dia bukan untukku dan aku bukan untuknya,jauhkan lah hati kami dari rasa sedemikian agar kami tidak berduka dan bersedih,,sesungguhnya aku tidak mahu rasa itu kembali kerana rasa sakit itu sukar untuk pulih,,,,binakanlah rasa yang sentiasa orang disekeliling kami juga mersa bahagia untuk kami,,Amin,,,,,,,













Sunday, December 26, 2010

wajahnya

wajahnya yang bersih tanpa mengetahui apa-apa derita yang ditanggungnya membuat hati aku menangis,,,,
raut wajahnya ingin mengenal dunia namun jika aku punya kuasa tidak ingin aku biarkan dia mengenali dunia yang punya banyak pancaroba hingga memusnahkan setiap insan yang tidak berhati-hati melangkah menyusuri hidup ini,,,aku tak mampu untuk mencari dan meneroka dunia ini,,,sudah lumrahnya setiap nasib seseorang ditanganNya,,,,kadang-kadang akal ini merobek seluruh pelusuk persada untuk mencari satu jalan punca yang terjadi,,,namun gagal dan jalan buntu ditemui,,aku pasrah seperti dia yang tidak mengetahui pap-apa,,,,menangiskah dia hanya ALLAH yang mengetahui hatinya,,,wajahnya yang cuba tersenyum hanya palsu kerana akutahu dibenak fikirannya itu memikirkan kenapa nasibnya begitu,,kenapa?????  hanya itu yang dia fikirkan selalu,,,namun tiada siapa yang pasti kerana hatinya akan sentiasa berdoa pada yang satu,,,,





                                                               
                                                    hanya satu ku berharap dikau tabah menghadapi dugaan ini,,,

Terima Kasih

pertama kali kiranya ingin diri ini mengucapkan terima kasih buatmu insan yang hadir ketika diri merasa kesedihan yang mula melemahkan semangatku....tanpa kita duga insan yang selalu tersenyum itu sebenarnya banyak yang dilaluinya hingga tanpa orang lain rasa apa yang terselindung disebaliknya,,,,air mata menjadi teman setiap hari hingga hadirnya insan yang banyak memberi dorongan dan nasihat hingga bangkit menjadikan kata-kata itu semangat meneruskan perjuangan yang belum berakhir,,,,dialah insan yang banyak mengajar erti hidup yang punya liku-liku kehidupan hingga menjadi lebih matang menilai insan yang hadir dalam hidupnya.
terima kasih buatmu yang menjadikan aku sahabatmu walaupun kita hanya mengenali melalui laman fb,,,aku mela mengagumimu kerana sifatmu yang tulus dan memberi diriku kata-kata semangat.hanya satu aku pohon agar dikau akan sentiasa memberi aku semangat agar aku dapat meneruskan dan mengerti hidup ini

                                TERIMA KASIH BUATMU SAHABAT,,,,

Tuesday, December 21, 2010

bila hati mula berbisik

tanpa kita duga dan merasai, satu rasa meniti dalam bicara tanpa kata. terpana oleh sang bisikan.rupanya terlalu banyak yang tidak terhitung selama ini bermain di sanubari.rasa keanehan menjelma pelbagai bentuk hingga sukar untuk di tafsir oleh sang hati. butir dan manik-manik putih mengalir tanpa kata menjadikan diri terlalu rendah, hingga mula mengerti,,apakah semua ini?  datang mencari seribu makna.



seorang insan yang mencari sinar mentari tanpa berusaha untuk mendapatkannya, hanya mengharap akan ketentuan yang maha esa,,,hakikat yang telah nyata sudah tertulis tanpa diragui oleh sang hati,,,