Tuesday, January 25, 2011

KERINDUAN

rasa rindu kat kampung halaman semakin menular di dlm kalbuku,,rasa itu kian menjalar disebalik liang2 sudut hatiku,,,
*hehehehehe*lawak lak aku ni,:)
sebenarnya rasa rindu itu makin kuat tatkala 3 hari lagi mahu berangkat pulang ke kampung halaman,,tak sabar rasanya mahu pulang,,rindu sangat-sangat,,,

rasa ini juga turut dirasai oleh teman sebilikku,zatil yang mahu berangkat pulang ke utara,,,kami tak habis2 bercerita untuk pulang ke kampung dan merasai masakan ibunda masing2,,,happy sangat2 tau,,,lebih2 lagi kami balik pada waktu yg sama,,rasa rindu dan ingin pulang itu smkin kuat apabila masing2 brcrta pasal lauk2 kegemaran yg dimsak oleh hasil tgn ibunda,,,rasa riang itu jelas tergambar dlm anak mata kami,,,tak caya eh cb tgok,,,
#huhuhuhuhuhuhu#




ni gmbr pintu gerbang gua musang


rindunya kat kampung,,tak sabar sangat,,bila dah lepasi pintu ini rasa nak cepat2 je sampai umah,,,yg pasti tahun ni raya cina ada sambutan kenduri perkahwinan,,,dapat rasa makan gulai lah,,,hehehe....



Tuesday, January 18, 2011

sepanjang bulan januari

FESTIVAL GEMILANG KOLEK (KOLEJ KERIS MAS)

hari ini baru ada masa untuk post sesuatu kat blog ini,,tapi masih keliru dan tak pasti apa yang ingin dicurahkan di laman ini,,,dengan itu saya dengan mudahnya membuat keputusan untuk menceritakan betapa banyaknya saya makan sempena festival kolej berlangsung,apa tidaknya akibat makanan yang best-best berada dihadapan mata,nafsu mula menggoda,,kalau tidak silap saya membeli bebola dan nasi kerabu setiap hari tanpa pedulikan apa-apa,,huh,dahsyat kan?tapi sayang saya tidak memorikan kenangan itu untuk tatapan anda semua namun yang pasti saya suka sekali apabila dapat menonton konsert untukmu palestin.artis yang datang adalah kumpulan raihan,saujana dan deevotes,best sangat-sangat,,,yang rugi pulak apabila tidak sempat melihat show ferrari sebab terpaksa pergi 'berjumpa'Tun Sri Lanang' untuk mencari maklumat bagi subjek Metodologi penyelidikan.







 namun disini saya sertakan gambar
kereta ferrari,,ruginya tak pergi lihat
sendiri,,,,



cantik kan?bestnya kalau dapat memandu kereta ini??huhuhuhu,,,berangan lebih,,,:)


TUGASAN BERMULA???

tugasan telah diberi menandakan assagment telah bermula,,,pertama tugasan diberi oleh Dr Shaiful (metodologi penyelidikan),,kami diminta mencari artikel sebanyak 15 bagi mencari apa yang ingin dikaji sama ada novel,tokoh,puisi,pantun,manuskrip dan pelbagai lagi,,,dengan itu masa di isidengan 'bertapa' di ptsl di bahagian jurnal,,,dari pagi hingga petang kami membelek dewan sastera untuk mencukupi 15 artikel,,rasa bosan,penat,gembira semua ada,,,:


                   Syed Othman bin Syed Omar

 




S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.
Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).
S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.
Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.
Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.
Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan.
Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.
Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).
Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari Yang di-Pertuan Agong, Arwah S Othman Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu.
Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibatsakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor.











Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya (13 November 1939 - 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantanmerupakan salah seorang sasterawan negara Malaysia. S. Othman Kelantan telah dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis sejak tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah:
  • Angin Timur Laut (1969);
  • Juara (1976);
  • Wajah Seorang Wanita (1990); dan
  • Nagogho Astana (1997).
Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa PerancisJepunInggerisRusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995. Dr. Syed Othman pernah menjadi:
dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri KembanganSelangor. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.


P/S: SUMBER DARI WIKIPEDIA,,,,


MANUSKRIP MELAYU





                                                  MS 92 - Hikayat Raja Nazir Shah


ini adalah tugasan yang kedua dari Dr Zubir Idris,,kami diminta untuk translit dari jawi lama ke bahasa melayu,,,susah jugak tau,,bukan senang kecuali orang yang belajar bahasa arab pasti dapat merumikan teks ini,ini adalah tugasan individu sebanyak 30%,,,,semoga berjaya,,:))


erm setakat ini dulu lah,,malas nak post banyak-banyak,,,nanti jemu lak sesipa yang baca,,,apa-apa pun semoga anda ceria selalu,,,,,:)......;)

Saturday, January 15, 2011

busy ke???

busy ke?hehehehehehe,cam kelakar bila aku cakap aku sibuk untuk minggu ini,,,yalah dah 3 hari tak buka blog untuk post sesuatu,namun hari ini tiada yang menarik untuk aku katakan disini,cuma sekadar hilangkan borong malam ini,mata yang ngantuk kembali segar apabila mendengar lagu dari desafm,mungkin korang tertanya apa aku buat untuk minggu ini,ya minggu ini aku hanya pergi mengadap tun sri lanang sahaja untuk mencari maklumat bagi tugasan metodologi penyelidikan. oleh kerana dr shaiful mahukan 15 artikel mengenai apa yang kita mahu lakukan so aku dan kawan-kawan terpaksa berada di ptsl 2 hari dari pagi sampai petang,,,penat jugak,ibarat seperti membuat thesis je,,,aduhai,,,,tapi apa2 pun kami seronok sangat,,,:)


keadaan yang paling dahsyat ialah apabila dalam minggu sebelumnya dan sekarang aku menjadi penggemar makan yang banyak akibat adanya temasya gemilang kolej aku,,kolej keris mas,akibat tidak boleh menahan nafsu yang kuat makan inilah maka duit cepat habis dan aku sudah hampir pokai,,,YA ALLAH apa nak jadi ngan aku ni,,langsung tak jimat,,erm maka dengan akibat itulah maka dengan segla hormatnya nanti aku terpaksa makan sekali sehari n berpuasa lah,,,takpelah asal aku boleh jimat,,,tu lah nasib badan yang boros sangat,,,harap-harap artikel nanti cukuplah 15 esok sebab hari rabu dah kena hantar,,:(


rasa kerinduan pada kampung juga jelas terasa saat aku sendirian,tinggal dua minggu sahaja lagi untuk aku pulang ke kampung,,,rindunya kat kampung,,,:(,KALAULAH aku dapat balik sekarang kan best,,rasa dah tak mahu datang lagi kat u ni,,,

MISS U ALL

ma,abah,abang lan,kak tie,kak na,adik,baby adila,,,
abg zie,kak lin n insyirah  (kat pendang,kedah)

atih rindu semua tau,,,,:(
atih sebenarnya dah hilang semangat sekarang, TAPI korang sentiasa cakap

~~`~:jangan putus semangat k,,,kuatkan semangat walau apa jua yang mendatang,lupakan segala kesedihan dahulu,,,jadiakan ia satu pembakar semangat yang hilang,,,

Monday, January 10, 2011

RINDU

rasa rindu yang mencengkam dada membuat aku ingin pulang ke kampung..makin lama rindu itu makin terasa dalam diri.

rindu itu sentiasa hadir dalam diri saat teringat zaman sekolah dahulu, kenangan itu masih segar dalam ingatan hingga sekarang.menjadikan satu kamus dalam hidup aku,,,aku rindu semua kawan-kawan yang banyak membantu aku dan mengajar aku tentang kehidupan,tidak lupa jasa cikgu yang selalu menjadikan aku mengerti tentang pentingnya ilmu di masa hadapan,
terima kasih buat cikgu-cikgu smkbc yang banyak menolong terutama cikgu 6 bawah dan 6 atas,kerana jasamu akan ku kenang selamanya,saat diri ini jatuh dikau hadir memberi semangat hingga aku akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke universiti
THANKS CIKGU SEMUA!!!


kerinduan ini kutitipkan buat sahabatku 6 atas 1,,,jiah,qistin,mira,sue,jannah,tura,zati,gmah,ada,bedah,dan ramai lagi kerana kemeriahan suasana kelas masih segar dalam ingatan,kenakalan kita semua sudah terpahat dalam kamus hidup ini,,,,,rindu untuk bertemu korang semua,,


MISS U ALL ^_^


buat sahabat lelaki,,,alif,piji,yie,mamat,nik,semi,mat ju,ju,zaid

kenakalan korang menjadikan kelas kita gamat kan??adakah korang masih ingat aku dan kawan-kawan kita semua? kami merindui suasana itu,,,semuanya sudah membawa haluan masing-masing,ada yang masih belajar,ada yang sudah bekerja dan sudah mendirikan rumah tangga,,,,


SAHABAT AKU RINDU KORANG,,,,:) ~ ~

Friday, January 7, 2011

MASIH BELUM TERCAPAI

tahun 2010 telah pergi meninggalkan kita dengan seribu coretan suka dan duka,,,,,,
NAMUN,kini impian itu masih belum dicapai untuk aku lakukan,keinginan untuk pergi dan menikmati suasana damai menjadikan aku hilang dalam  alam realiti,,,

PASTI ANDA SEMUA ingin tahu kan apa yang saya ingin lakukan pada tahun 2010 kan?

oklah ini serba sedikit keinginan yang saya ingin lakukan sepanjang tahun 2010 tetapi tidak sempat untuk saya lakukan kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat diatasi,,,











ini adalah gambar air terjun di kelantan

inilah impian yang ingin aku pergi untuk merasa damainya keadaan disini,sebenarnya sudah lama hasrat ini ku pendam,namun kini impian itu semakin terasa dalam hati,,,moga tahun ini hajat yang dipendam bakal tercapai,
terima kasih buat sahabat baik ku yang menawarkan untuk membawa aku ke sini,,doakan aku agar impian ini tercapai tahun ini ye,,,:)
sesiapa yang mahu ikut,sila lah bagitahu,,

Wednesday, January 5, 2011

HANYA PADAMU


ku memohon dalam sujud ku padaMU,
ampunkanlah segala dosa dalam diri,
ku percaya engkau bisa meneguhkan,pendirianku,keimananku.
ku memohon dalam sujudku padamu,
ampunkanlah,segala dosa dalam hidupku,
kupercaya engkau bisa meneguhkan pendirianku
keimananku.
engkau satu cinta yang selamanya aku cari,
tiada waktu kutinggalkan,demi cintaku padaMU,
walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri,
kuteguhkan hati ini hanya padaMU,kupasrahkan,
oh TUHAN selamatkanlah hamba ini,
dari segala fatamorgana dunia,
oh TUHAN jauhkanlah hamba ini dari hidup yang sia-sia..


p/s: hanya padaMU ku berserah,,CINTA yang ditanam dalam diri hanya padaMU ya ALLAH,,,


lagu:afgan 

Tuesday, January 4, 2011

KENYATAAN

kenyataan yang harus diterima oleh seseorang dengan redha walau sedih macam mana pun itulah hakikat yang harus diakui..setiap tahun pasti benda yang pahit untuk ditelan wujub dalam hidupku,,kehilangan seseorang yang disayangi adalah sesuatu yang memahitkan diri,,namun itu adalah dugaan.keadaan dirinya yang derita mula menyedarkan aku tentang hakikat yang diputuskan dulu.. Ya ALLAH,rupanya ini yang harus aku terima.moga hari-hari akan datang membuat diriku tabah selalu,



p/s: keputusan muktamad yang harus diambil melupakan dan memulakan hidup baru deminya,,doakan dia akan bersatu berdua selamanya,moga kenangan mereka dahulu akan sentiasa kekal dan penyatuan cinta mereka masa dahulu akan bersemi,,,,,


walau keputusan ini membuat hati wanitaku tersentuh dan rasa sakit,,inilah yang terbaik untuk aku...:))


rasa sakit itu pertama kali muncul hingga membuat segala rasa bertamu dalam jiwa,,,aku tak pernah minta ia terjadi dan tak terlintas untuk suka,namun sudah suratan,aku hanya mampu berdoa dan berharap hidupku sentiasa ceria dan akan bertemu sang nakhoda,,,hanya padamu YA ALLAH aku  berserah,kerana ksihku hanya padamu,,rinduku hanya padamu selamanya,,,,cukuplah sekali rasa itu hadir kerana ia amat menyakitkan,,,,,

Sunday, January 2, 2011

SEMOGA BERSATU

rasa yang datang adalah satu anugerah buat diri ini,datang tanpa di minta perginya tanpa di halau.siapakah yang salah dalam menilai rasa ini,aku atau dia yang mengerti,dirinya yang menyimpan sejuta rahsia membuat aku terfikir apakah yang dirinya sembunyikan? setiap kali aku bertanya pasti tiada jawapan tentang persoalan itu,aku ibarat seperti manusia yang tidak ada perasaan,,tapi salah aku yang menjadikan semuanya begini,hanya satu aku berdoa agar dia akan berjaya dalam cita-citanya dan bersatu menempuh kebahagiaannya,






bersatu atau tidak semuanya sudah tertulis,kata orang kita hanya merancang tapi hanya DIA yang menentukan segalanya, hanya doa yang sentiasa berbekal mengiringi langkah perjalanannya,


setiap kali kau berbicara dengan segala rasa,membuat aku mengerti hatimu,,kadang-kadang aku terkesima dengan kata-katamu,kagum dengan sikap bersahaja engkau pamerkan,,,:))~~~







p/s:kadang-kadang kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan Tuhan,,,

Saturday, January 1, 2011

kenangan 2010

kenangan manis bersama sahabat,,

ain,hajar dan aku



kenangan bersama sahabat,,,saya sayang sama kamu,,,,













kenangan bersama rakan tetap tersimpan indah dalam kamus kehidupan sepanjang zaman,,,semoga tahun baru ini bakal tercipta indah lagi memori seperti ini.sesungguhnya sahabat yang baik akan rela susah dan senang bersama kita kan?apa-apa pun terima kasih buat ain dan hajar,saya sayang kamu,love you,,,,:)


semoga persahabatan kita kekal abadi,,,:)



bersama kawan satu kolej



bersama lili dan ain



sempat bergambar lagi ni,,heheheheh

kenangan bersama kawan-kawan semasa majlis bbq


p/s:kenangan bersama kawan-kawan tetap akan kekal abadi selamanya,,:))~~~