Tuesday, January 18, 2011

sepanjang bulan januari

FESTIVAL GEMILANG KOLEK (KOLEJ KERIS MAS)

hari ini baru ada masa untuk post sesuatu kat blog ini,,tapi masih keliru dan tak pasti apa yang ingin dicurahkan di laman ini,,,dengan itu saya dengan mudahnya membuat keputusan untuk menceritakan betapa banyaknya saya makan sempena festival kolej berlangsung,apa tidaknya akibat makanan yang best-best berada dihadapan mata,nafsu mula menggoda,,kalau tidak silap saya membeli bebola dan nasi kerabu setiap hari tanpa pedulikan apa-apa,,huh,dahsyat kan?tapi sayang saya tidak memorikan kenangan itu untuk tatapan anda semua namun yang pasti saya suka sekali apabila dapat menonton konsert untukmu palestin.artis yang datang adalah kumpulan raihan,saujana dan deevotes,best sangat-sangat,,,yang rugi pulak apabila tidak sempat melihat show ferrari sebab terpaksa pergi 'berjumpa'Tun Sri Lanang' untuk mencari maklumat bagi subjek Metodologi penyelidikan.







 namun disini saya sertakan gambar
kereta ferrari,,ruginya tak pergi lihat
sendiri,,,,



cantik kan?bestnya kalau dapat memandu kereta ini??huhuhuhu,,,berangan lebih,,,:)


TUGASAN BERMULA???

tugasan telah diberi menandakan assagment telah bermula,,,pertama tugasan diberi oleh Dr Shaiful (metodologi penyelidikan),,kami diminta mencari artikel sebanyak 15 bagi mencari apa yang ingin dikaji sama ada novel,tokoh,puisi,pantun,manuskrip dan pelbagai lagi,,,dengan itu masa di isidengan 'bertapa' di ptsl di bahagian jurnal,,,dari pagi hingga petang kami membelek dewan sastera untuk mencukupi 15 artikel,,rasa bosan,penat,gembira semua ada,,,:


                   Syed Othman bin Syed Omar

 




S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.
Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).
S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.
Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.
Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.
Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan.
Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.
Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).
Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari Yang di-Pertuan Agong, Arwah S Othman Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu.
Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibatsakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor.











Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya (13 November 1939 - 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantanmerupakan salah seorang sasterawan negara Malaysia. S. Othman Kelantan telah dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis sejak tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah:
  • Angin Timur Laut (1969);
  • Juara (1976);
  • Wajah Seorang Wanita (1990); dan
  • Nagogho Astana (1997).
Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa PerancisJepunInggerisRusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995. Dr. Syed Othman pernah menjadi:
dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri KembanganSelangor. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.


P/S: SUMBER DARI WIKIPEDIA,,,,


MANUSKRIP MELAYU





                                                  MS 92 - Hikayat Raja Nazir Shah


ini adalah tugasan yang kedua dari Dr Zubir Idris,,kami diminta untuk translit dari jawi lama ke bahasa melayu,,,susah jugak tau,,bukan senang kecuali orang yang belajar bahasa arab pasti dapat merumikan teks ini,ini adalah tugasan individu sebanyak 30%,,,,semoga berjaya,,:))


erm setakat ini dulu lah,,malas nak post banyak-banyak,,,nanti jemu lak sesipa yang baca,,,apa-apa pun semoga anda ceria selalu,,,,,:)......;)

No comments:

Post a Comment