Wednesday, November 23, 2011

BERSYUKUR

Alhamdulilah bersyukur kehadratNya,,,setiap kali kaki melangkah menyusuri tembok-tembok kehidupan sepanjang tempoh 4bulan di kampus...walau berbagai kata menyusup masuk kedalam ruangan secebis hati namun berbekalkan semangat dan dorongan,dapat ditempis walau kadangkala hampir tersungkur,,

semester ini amat berat untuk dilalui dengan tugasan yang banyak,lebih-lebih lagi terpaksa repeat balik 1 paper yang lepas,,kadang-kadang tak siapa tahu gelodak yang bermain dalam jiwa,namun hanya semangat yang hadir memberi satu kata yang terbaik untuk buat segalanya,ALHAMDULILAH,,:)

bersyukur juga kerana keadaan ma dikampung semakin baik,,tidak terkata dalam hati tatkala mendapat panggilan dari kampung mengatakan keadaan makin baik,,,Alhamdulilah keatasNya,,,

Alhamdulilah juga kerana dia semakin matang dan mampu menilai atas dirinya,menjadi seorang yang tahu akan masa depan dan hidupnya,,"mahu terbaik untuk kehadapan walau dah banyak menyusahkan orang sekeliling,,apa guna menghukum orang dengan buat perkara yang menyusahkan hidup orang,memang duit penting tapi mcm mana kalau nnti akan menyusahkan hidup keluarga",hidup tak tenang tapi THANKS buat sahabat kepada dia yg menasihatinya,,kini hatinya nekad dan syukur Alhamdulilah Ya ALLAH kau membuka hatinya,,,saat itu hati ini tersenyum dan gembira,,,diri ini selalu mendoakan kegembiraan untuknya,,,

salam perkenalan dari insan yang bernama 'hati' buat dirimu 'mata'

hati:salam ikhlas untukmu wahai insan yang pernah membuat diriku semakin matang dlm kehidupan,,bukan untuk menganggu tapi sekadar ingin bertanya khabar,,
mata:salam ikhlas juga,tidak mengapa kerana setiap manusia tidak pernah sempurna,yang penting kita cuba perbaiki diri
hati:kadang-kadang hadir suatu rasa yang kita tak sedar apa itu,namun saya tahu jawapannya,,,
mata:saya mengerti,,saya gembira apa yang dihadapi antara kita,saya bukan ustazah untuk menasihati awak tp sbgai manusia n kawan tak salah kan untuk saling menasihati n mengingati,
hati:ya,,saya ada sesuatu untuk beritahu tapi saya tak kuat untuk menyatakannya,saya yakin tapi tak berani
mata:adakah ada yang berlaku terhadap dirimu hati?
hati:maafkan saya kerana bukan tiada keyakinan untuk ucapkan,sepatutnya saya ucapkan didepan dirimu, mata,,,tapi pasti dirimu tahu kan kerana tugas membuat diriku terpaksa berkata di dalam telefon,bukan tidak berani berhadapan,ttpi dirimu lebih mengerti,diriku malu tapi sebelum diriku berangkat lebih elok hasrat ini diucapkan agar dirimu membuat keputusan,tiada paksaan hanya hatimu yang mampu tahu segalanya,rasa itu telah lama hadir dalam diri ini dan kini ku mengerti bahawa hatiku telah menyukaimu,,andai dirimu menerima akan ku tunaikan hasrat ini agar dikau menjadi pendampingku selamanya,,
(saat itu menitis air mata 'mata' kerana ucapan dari hati)
mata:tidak mengapa,tapi berikan masa untuk mata
hati:ambillah masa yang diperlukan saya akan tunggu,,,
masa diambil untuk membuat keputusan dan berbekalkan solat maka jawapannya memberi kebahagiaan,,,:)
setelah keputusan diberi,,si hati berangkat keluar negara atas tugasan dan sebelum berangkat si hati telah menulis surat buat mata dan ketika dilapangan terbang mata datang berjumpa hati,,hanya senyuman tidak lekang di bibir hati yang melihat mata didepannya,,,ya 'mata' itu yang membuat 'hati'nya mengerti dan menjadi lebih matang dlm kehidupan,,,terima kasih:)

setelah 2bulan diperantauan barulah ada panggilan n mesej dari hati yang menyatakan keinginannya untuk menyunting mata n diterima baik oleh kedua buah keluarga,,rombongan merisik datang n seterusnya bertunang diadakan walau hati berada diluar negara,,,malamnya panggilan dari perantaun,,,,

hati:terima kasih mata kerana menerima saya sebagai orang yang berada dihati awak,,
mata:sama-sama begitu juga dengan dirimu hati,,,,thanks,
tanpa disedari,surat yang ditulis oleh hati sebelum berangkat telah dihantar melalui pos oleh sahabat hati kerana adalah amanah hati,,,,siapa sangka hati telah pergi untuk selamanya sebelum seminggu pulang ketanah air,,,saat mendengar berita dari keluarga hati,,mata hampir pengsan n 'mata' ini mula mengeluarkan manik2 yang hadir saat dua jiwa bersatu.

ketika menunggu jenazah hati,,mata tidak kuat n hatinya hampir lemah sedangkan selama ini inilah dugaan yang paling sedih untuk diri mata terima,nasihat n kata-kata semangat dari kedua keluarga tidak mampu untuk membuat mata kembali tersenyum,,,ketika hari pengebumian,,langkah kaki mata amat perlahan,tiada kekuatan untuk dirinya lihat sekijur jasad yang pernah hadir dihatinya ketika itu,,,,selepas mengaminkan doa,,,mata masih berada dihadapan kubur hati.
kenapa hati tinggalkan mata?mata tak kuat nak menempuhinya?sekali lagi manik itu keluar dari 'mata',,,,,,
selepas kembali dari tanah perkuburan,,mata melihat ada surat untuknya dan masuk kedalam bilik serta membuka surat,alangkah terkejut mata saat itu kerana ia adalahh surat dari hati,,,

assalamualaikum,,,
buat tatapan mata yang selalu diingati,,semoga sentiasa baik-baik,terima kasih kerana mata sudi menerima hasrat hati,hati amat gembira sangat,mungkin saat ini ketika mata membaca warkah ini mata sudah tiada,,,opss sory hati gurau je,,manalah tahu kan takut-takut tak panjang umur kan?jangan marah yea wahai mata,,,hati tiada coretan indah yang ingin hati katakan cuma hati mahu mata jaga diri baik-baik,andai apa yang terjadi nanti itu adalah suratan dariNya,,hati bersyukur kerana dipertemukan dgn mata yang buat hati telah menjadi lebih matang,,,andai tiada jodoh ingatlah hati selalu berdoa agar jika jodoh kita tiada didunia,pasti diakhirat bertemu jua,,mata pun doa juga k,,janganlah bersedih kerana hati mahu lihat 'mata' itu sentiasa memberi rasa kedamaian,,,bukan mengeluarkan air mata,,,mata doakanlah kebahagiaan buat hati k,Tapi mata andai jodoh mata tiba terimalah dengan ikhlas,,saat itu air 'mata' semakin mengalir laju..tahukah mata hati begitu gembira menemui mata dan menjadi seorang kawan yang memberi nasihat,erm cukuplah sampai disini coretan hati,hati tidak tahu ingin menulis apa lagi kerana hanya 'hati' ini yang mengetahui bahawa hati merindui mata tapi apakan daya kerana tugasan yang banyak tiada masa untuk hati mesej bertanya khabar,,hati harap mata jangan menangis dengan apa yang sudah DIA tetapkan sebab hati tahu mata kuat untuk hadapinya,,akhir kata,hati harap mata jaga diri n tabah,,

salam perantauan,,
hati,,,


sekadar coretan,,,


kadang kala tak semua benda yang dirancang pasti berjaya,DIA yang maha mengetahui n menentukan segalanya,cinta ini juga begitu,,cinta yang hadir begitu sempurna kerana bukan menurut hawa nafsu,cinta yang hadir tulus ikhlas tapi tidak bersatu dengan ikatan suci,,mungkin ada hikmahnya tapi doanya agar walau tiada jodoh di dunia,diakhirat semoga bertemu kerana hati yakin mata adalah untuknya dan jodohnya,,,




setelah sebulan pemergian hati,,,mata meneruskan hidup dengan gembira dan setiap kali melihat cincin dijari manisnya hati 'mata' menjadi sayu,keluarga hati tidak menghalang mata untuk pulangkan balik cincin tersebut,atau sebaliknya kerana keluarga hati juga mengerti perasaan mata,,ketika pagi isnin mata menaiki kereta untuk  ketempat kerja dan ingin singgah di kubur hati,,tetapi ketika dalam perjalanan mata telah mengalami kemalangan yang teruk dan koma,,,,,,,,

Tuesday, November 1, 2011

KEHIDUPAN

setelah sekian lama menyepi membawa secebis hati yang di bawa pergi,akhirnya ia kembali memcari sebuah sinar kebahagiaan,,,mamapukah ia lakukan???

kembali kekampus membawa seribu makna yg ditinggalkan diteratak kasihku,,rasa rindu sentiasa ada pada keluarga, suaranya tidak berbunyi tapi matanya sedang berkata-kata,dengan berat hati kaki melangkah pergi,,satu manik mula menuruni membasahi pipi,,,perginya kerana satu tujuan dan semua orang mengerti,,,hanya doa yang mengiringi langkah perjuangan,,,,begitulah hidup,,,,,

kali ini diduga n diuji makin berat,,rasa sakit mula mencengkam segala urat saraf yg bergelimpangan,,sakitnya amat sanagt tanpa siapa dapat mengerti,,,kata doktor tiada sakit apa-apa yang membimbangkan,,,keadaan semakin teruk dan hinggalah membawa kepada satu perkara yang diluar dugaan akal manusia,,sungguh tak disangka apa yang ingin dimahukan tak siapa mengerti,hatinya hati yang bersifat kejam dan penuh misteri membawa satu permainan dialam misteri,,,ya seluruh bahagian hidup kami diseru,,,untuk apa?aku sendiri tidak mengerti,,,mungkin itu hanya mainan hidup sang misteri yang cuba meletakkan sesuatu misteri untuk mengawal segala pergerakan kami,,geram sekali hati ini,namun apa daya,hanya doa yang sentiasa mengiringi,,,,kini ALHAMDULILAH,,,segalanya akan berakhir walau sehebat mana sang misteri,akhirnya akan kecundang jua kerana DIA lebih kuat n maha mengetahui segalanya,,,harapan agar sang misteri cepat2 sedar dan berubah menjadi baik,,,Amin,,,

cinta,,,,

ada apa dengan cinta?kadang-kadang manusia sendiri kurang mengerti tentang cinta,,bagi sesetengah cinta itu bila dua hati menyukai satu sama lain,,(lebih kuranglah),,,tapi kdg2 aku juga turut terheret dengan makna cinta yang benar dan sebetulnya,,adalah kerana pengalaamn lepas menjadikan aq lebih matang,,,entahlah diri yang masih kurang mengerti,,,salah ke kadang-kadang teman bertanya kenapa tidak mahu couple?jawapan ringkas keluar dr bibir ini ialah"biarkan DIA tentukan",,,kadang-kadang adakah ia lahir dr hati tulus sang hati ini,,,kesepian itu tetap ada n wujub tapi diri yang memahami kerana andainya ada rasa cinta,,DIA yg lebih memahami n akan menunaikan,,,,setiap saat hati dan naluri ini syukur atas segala yang trjadi,kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik n sebaliknya,,,doa yang di pinta pasti berbalas cm lambat dan cepat sahaja,,,,cinta yang pasti adalah DIA,,yang membuat sang hati ingin menangis kerana tanpa boleh berkata-kata,,,,sungguh tak terduga dek akal ini,,,YA ALLLAH terima kasih,,,sesungguhnya hamba berasa sangat kerdil,,,,

kini cinta itu datang membawa sekeping hati yang penuh dengan persoalan,mencengkan hatinya,hati yang penuh dengan kecelaruan,,kepasrahan,bersujud syukur lantas hatinya mula bersinar kembali dengan segala yang telah terjadi..kata janji yang dikotakan tergantung dengan tugas yang terpksa dijalankan,,,membawa satu persoalan dan seribu makan pada dua hati tersebut,,kini hanya doa mengiringi setiap langkah perjalanan,,andai sang hati itu adalah hati yang hilang dalam jiwa dan diri hati sang penanti,,,satukan hati2 tersebut dibawah naungan kasih suci,,agar terhindar dari segala kejahatan dalam dunia,,,satukan hati menjadi sebuah hati yang bahagia selamanya,,,,