Tuesday, December 28, 2010

CINTA???

ada apa dengan cinta ya? ramai yang ingin bercinta dan saling menyayangi,,sifat lumrah yang diberikan pencipta kepada hambanya sudah azali hingga rasa itu akan lahir dan wujud antara manusia lelaki dan perempuan,,,kadang-kadang kita lupa cinta yang sebaiknya adalah menurut cara islam tetapi kini batas remaja semakin menjadi tanpa mereka segan silu membuat perkara tidak elok hingga membawa kepada penzinaan,,manusia makin lupa dan tidak berpijak dibumi yang nyata apabila akhirat kian dilupakn dan dunia menjadi pujaan,,,lupakah kita???itulah persoalannya,,tak salah jika bercinta kerana kadang lkala cinta menjadi manusia berubah menjadi lebih baik tapi yang ditakutkan kerana cinta manusia menjadi lebih teruk,,salah siapa kita atau CINTA? sudah pasti jawapan telah ada pada diri masing2 kan? namun yang pasti cinta yang indah adalah padaNYA, yang tak kan meninggalkan kita malah melukai atau membuat kita derita,,,:)



inilah rasa cinta yang ada dalam hati

namun rasa itu muncul apabila kita menyukai seseorang walaupun kita belum mengenalinya?adakah itu rasa cinta??sukar untuk memikirkan,,salah siapa hati atau diri kerana hati dan diri menyukai seseorang namun tidak pernah ingin menyuarakan kerana pada prinsip "tidak ada perigi mencari timba" sshnya bila hati dah suka kan?namun batas hati dan diri mengawal segalanya kerana mungkin dia milik orang atau meminati sang bunga hati pujaannya,,rasa ini dibiarkan sepi dan berlalu hingga meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa,rasa sakit datang menerjah tiba-tiba,adakah itu cinta tulus dari hati pada sang kumbang keran hati ini terlalu sukar untuk meminati seseorang hinggalah hadirnya,,,namun segala rahsia menjadi terang dan rasa itu dibiarkan pergi dalam jiwa agar ia tidak akan buat hati wanita ini rasa sebak,,,kenapa harus muncul dan timbul rasa itu sedangkan tidak pernah terfikir dalam hati dan kepala ini,,,,sakit sangat,,,,namun hanya doa dipohon agar jangan diri rasa sesebak ini kerana cinta itu murni anatara dua pihak,,bukan satu malah cinta tak kan terbina andai ada insan lain yang berduka dan bersedih,,,tak ingin rasanya orang lain menderita dan sedih kerana rasa cinta ini,,apakah ini sebagai galang gantinya,,,namun hati ini tak kan biarkan seseorang lain sedih bila rasa cinta sang kumbang dan bunga terwujud,,,,

                                     hanya doa yang memberi sinar nurani pada hati,
                                     agar rasa itu betul2 anugerah buat kami,
                                     agar bisa tercapai hasrat yang diperkenan olehNYA,

JIKA benar cinta itu untuk kami satukan kami di medan kebahagiaan,agar bisa kami menjalankan ibadah murnimu,YaALLAH,,,,andai dia bukan untukku dan aku bukan untuknya,jauhkan lah hati kami dari rasa sedemikian agar kami tidak berduka dan bersedih,,sesungguhnya aku tidak mahu rasa itu kembali kerana rasa sakit itu sukar untuk pulih,,,,binakanlah rasa yang sentiasa orang disekeliling kami juga mersa bahagia untuk kami,,Amin,,,,,,,













Sunday, December 26, 2010

wajahnya

wajahnya yang bersih tanpa mengetahui apa-apa derita yang ditanggungnya membuat hati aku menangis,,,,
raut wajahnya ingin mengenal dunia namun jika aku punya kuasa tidak ingin aku biarkan dia mengenali dunia yang punya banyak pancaroba hingga memusnahkan setiap insan yang tidak berhati-hati melangkah menyusuri hidup ini,,,aku tak mampu untuk mencari dan meneroka dunia ini,,,sudah lumrahnya setiap nasib seseorang ditanganNya,,,,kadang-kadang akal ini merobek seluruh pelusuk persada untuk mencari satu jalan punca yang terjadi,,,namun gagal dan jalan buntu ditemui,,aku pasrah seperti dia yang tidak mengetahui pap-apa,,,,menangiskah dia hanya ALLAH yang mengetahui hatinya,,,wajahnya yang cuba tersenyum hanya palsu kerana akutahu dibenak fikirannya itu memikirkan kenapa nasibnya begitu,,kenapa?????  hanya itu yang dia fikirkan selalu,,,namun tiada siapa yang pasti kerana hatinya akan sentiasa berdoa pada yang satu,,,,





                                                               
                                                    hanya satu ku berharap dikau tabah menghadapi dugaan ini,,,

Terima Kasih

pertama kali kiranya ingin diri ini mengucapkan terima kasih buatmu insan yang hadir ketika diri merasa kesedihan yang mula melemahkan semangatku....tanpa kita duga insan yang selalu tersenyum itu sebenarnya banyak yang dilaluinya hingga tanpa orang lain rasa apa yang terselindung disebaliknya,,,,air mata menjadi teman setiap hari hingga hadirnya insan yang banyak memberi dorongan dan nasihat hingga bangkit menjadikan kata-kata itu semangat meneruskan perjuangan yang belum berakhir,,,,dialah insan yang banyak mengajar erti hidup yang punya liku-liku kehidupan hingga menjadi lebih matang menilai insan yang hadir dalam hidupnya.
terima kasih buatmu yang menjadikan aku sahabatmu walaupun kita hanya mengenali melalui laman fb,,,aku mela mengagumimu kerana sifatmu yang tulus dan memberi diriku kata-kata semangat.hanya satu aku pohon agar dikau akan sentiasa memberi aku semangat agar aku dapat meneruskan dan mengerti hidup ini

                                TERIMA KASIH BUATMU SAHABAT,,,,

Tuesday, December 21, 2010

bila hati mula berbisik

tanpa kita duga dan merasai, satu rasa meniti dalam bicara tanpa kata. terpana oleh sang bisikan.rupanya terlalu banyak yang tidak terhitung selama ini bermain di sanubari.rasa keanehan menjelma pelbagai bentuk hingga sukar untuk di tafsir oleh sang hati. butir dan manik-manik putih mengalir tanpa kata menjadikan diri terlalu rendah, hingga mula mengerti,,apakah semua ini?  datang mencari seribu makna.



seorang insan yang mencari sinar mentari tanpa berusaha untuk mendapatkannya, hanya mengharap akan ketentuan yang maha esa,,,hakikat yang telah nyata sudah tertulis tanpa diragui oleh sang hati,,,

Wednesday, November 10, 2010

hati berbicara

 sungguh aku tak sangka dalam meniti lumrah kehidupan ini rasa mula makin sedih,,ya sedih tatkala insan yang baik mula mencorakkan rasa bersalah dalam diri ini,,,,


ya sungguh aku tak sangka,
tak sangka dengan kamu yang berani buat begini,,,
ya sungguh tak sangka,
hati mula merasakan kesakitan kini,,,
KENAPA??
tergamaknya,,,,aku yang tidak bersalah diheret sama dalam situasi dirimu,,,
mengapa??







hati ini hanya pada yang ESA,


setiap insan tidak sedar bila dia mula menyakiti seseorang sama ada kawan, kekasih, ibu bapa...oleh itu dalam berbicara harap berhati-hati kerana tanpa kita sedari ada insan yang terasa,,,,


                                                              ya ALLAH,
                                                             bantulah hambamu ini,,
                                                                     aku derita,
                                                  aku sengsara dibawah sinaran mentari,,
                                                                    aku sengsara,
                                                             menangisi kekhilafan diri,,,
                                                                bangkit namun rebah
                                                             bangkit tapi lemah sangat,,
                                                                     ya ALLAH,
                                                              berikan aku pedoman
                                                      untuk melakar sejuta pesona alam
                                                         mencari keinsafan duniawi,,,
                                                      bangkit melintasi tabir kepayahan,,
                                               seteguk kesabaran bisa membantu diriku,,,

perasaan

perasaan suka datang bila kita menyukai sifat seseorang,,,betul ke?kadang-kadang kita tak pasti apa sebenarnya dengan perasaan kan? perasaan itu hadir namun akhirnya pergi,,,ya pergi meninggalkan seribu satu kesan di hati.kerana memahami sikapnya, seorang aku mula melupakan perasaan itu,memang betul dia bukan untuk aku,,perasaan itu hanya mainan sahaja,Ya Allah sesungguhnya kau cuba memberi aku keyakinan, aku menerima dengan baik dan terima agar lupakan perasaan itu jauh dari hidup ini walau ia telah meninggalkan satu kesan yang amat sakit....aku memahami sikap seorang insan yang sememangnya turut meminati seorang insan yang sama.mungkin itu janji mereka tunaikan dahulu, dan kehadiran aku telah menyakiti hati insan tersebut,,,ya Allah berdosanya aku ini,,,dari aku terus bersalah aku memohon agar perasaan itu pergi dari hidup ini,,,ya kini aku terima hakikat,,hakikat yang perasaan itu hanya ujian dariNYA untukku bagi menempuh kehidupan ini,,aku ingin bisa melihat dia tersenyum,,yang aku ada kini keluarga dan sahabat,,aku tak mahu kehilangan kerana hadirnya perasaan yang mengarut itu,,,tiada siapa memahami perasaan kita kan?memang susah betul untuk memahami perasaan orang kerana kadang-kadang untuk memahami perasaan kita sendiri mengambil masa berhari-hari,betul tak?gurauan dan usikan menjadi teman hati ini bila rasa sedih,ya kesedihan seorang insan mengenai kisah hidupnya,kisah yang sukar untuk dilupakan dalam hidup ini,,,


kesedihan stiap insan,,,tak siapa yang tahu?

mungkin seseorang insan itu tidak mengetahui bahawa sudah lama insan tersebut mengetahui perasaannya,,ya melalui jenakanya sudah terjelas perasaannya,,,dalm dirinya mula memberontak,,,
wahai sahabat usahlah dikau menceritakan tentangnya ,perasaanku sakit,,,ya perasaan cemburu atau sebaliknya,,,,

usahlah dikau merasa sakit kerana insan bernama aku ini tidak berupaya untuk mengambil atau menyemai perasaan sayang dan suka padanya setelah berkali-kali berfikir dan berdoa kerana perasaan suka itu bukan bertindak merampas tetapi sekadar menghibur hati yang berduka,malah tidak ada sekelumit perasaan pada insan itu kerana sememangnya sifat itu tidak tersemai langsung rasa sayang,,,ya perasaan sayang bakal wujub bila hati masing-masing mengenali,,namun tidak mungkin dan tak kan berlaku,ia hanya gurauan untuk membuat kita bergembira,,,ya gembira untuk hati yang sedang lara,,,,sememangnya dirimu diciptakan untuknya,,:)

insan aku itu hanya wujud mungkin untuk menguji dirimu,,,gurauan dan jenaka serta usikan itu kadang-kadang untuk insan dikau bergembira tapi tahukah dikau ia telah menyakiti hatimu sendiri,,ya hatimu bukan hatiku,,,kerana aku tidak merasakan apa-apa cuma rasa gembira setelah berkurung dalam tangisan duka.,,,untuk membuat insan aku gembira dikau cuba membunuh hatimu,,,,tanpa dikau sedari kata-kata itu sudah cukup membuat hati insan bernama kau itu kembali merasa bersalah,berduka lagi,,,,kenapa??cukuplah dengan sebuah kata hubungan persahabatan kekal abadi,,tidak aku terluka sahabat.namun dengan bait-bait bicaramu yang manis itu hati insan ini menangis,,menangis bukan sedih tapi makin bersalah terhadapmu,,,cukuplah kini,,cubalah untuk memahami naluri hati insan itu kerana insan itu tiada apa-apa perasaan pada orang yang dikau terkenang selalu,,,
mengertilah dengan sebaik mungkin dalam membahagiakan insan 'aku' dikau telah membuat hatinya makin bersalah dan menderita walaupun ia menunjukkan raut wajah yang girang,,,,,,,~~

p/s:insan aku -gadis a,,,,,dikau -gadis b

Saturday, November 6, 2010

kenangan manis

sudah lama kami merancang ingin mengadakan majlis bakar membakar ni,,hehehehehe.kini baru tercapai hajat yang sudah tertanam dilubuk sanubari geng persuratan.pada malam 2hb.11.2010 kami mengadakan majlis bbq bertempat difakulti kami sendiri (fssk)...kegembiraan jelas tergambar di wajah yang hadir malam itu walaupun ramai juga yang tidak dapat hadir kerana ada tugas dan program(tak tahulah sama ada betul ke tidak) hehehehehe.saat turun dari bas di hadapan fssk kami menuju ke tempat yang dijanjikan, nasib kami sampai awal dan kami mula bersembang tanpa sedari dua jejaka budak kelas kami menyergah dan kami mula malu kerana tanpa diduga mereka mendengar perbulan kami,,hehehehehhe(bukan gosip tau)...aktiviti bakar ini bermula pada pukul 8lebih,,,kami terpaksa pulang pukul 11 malam kerana bas terakhir hanya ada pada saat itu, kalau tidak mungkin agak lewat kami pulang,rasa seronok sangat malam itu,,,,,ikutilah gambar ini semasa majlis tersebut,,,,


  
aku dan ain,,,,,sahabat yang comel


aku dan hajar,,,,manis kan?

makan jangan tak makan,,biar kenyang k.

puteri persuratan,,(safwan n Dr tumpang sekaki)

inilah serba sedikit kenangan kami bersama,,,sangat seronok sekali,,,,,semoga kenangan ini sentiasa kekal abadi dalam diri saya sentiasa,,,terima kasih semua,,sayang kamu..