Wednesday, November 23, 2011

BERSYUKUR

Alhamdulilah bersyukur kehadratNya,,,setiap kali kaki melangkah menyusuri tembok-tembok kehidupan sepanjang tempoh 4bulan di kampus...walau berbagai kata menyusup masuk kedalam ruangan secebis hati namun berbekalkan semangat dan dorongan,dapat ditempis walau kadangkala hampir tersungkur,,

semester ini amat berat untuk dilalui dengan tugasan yang banyak,lebih-lebih lagi terpaksa repeat balik 1 paper yang lepas,,kadang-kadang tak siapa tahu gelodak yang bermain dalam jiwa,namun hanya semangat yang hadir memberi satu kata yang terbaik untuk buat segalanya,ALHAMDULILAH,,:)

bersyukur juga kerana keadaan ma dikampung semakin baik,,tidak terkata dalam hati tatkala mendapat panggilan dari kampung mengatakan keadaan makin baik,,,Alhamdulilah keatasNya,,,

Alhamdulilah juga kerana dia semakin matang dan mampu menilai atas dirinya,menjadi seorang yang tahu akan masa depan dan hidupnya,,"mahu terbaik untuk kehadapan walau dah banyak menyusahkan orang sekeliling,,apa guna menghukum orang dengan buat perkara yang menyusahkan hidup orang,memang duit penting tapi mcm mana kalau nnti akan menyusahkan hidup keluarga",hidup tak tenang tapi THANKS buat sahabat kepada dia yg menasihatinya,,kini hatinya nekad dan syukur Alhamdulilah Ya ALLAH kau membuka hatinya,,,saat itu hati ini tersenyum dan gembira,,,diri ini selalu mendoakan kegembiraan untuknya,,,

salam perkenalan dari insan yang bernama 'hati' buat dirimu 'mata'

hati:salam ikhlas untukmu wahai insan yang pernah membuat diriku semakin matang dlm kehidupan,,bukan untuk menganggu tapi sekadar ingin bertanya khabar,,
mata:salam ikhlas juga,tidak mengapa kerana setiap manusia tidak pernah sempurna,yang penting kita cuba perbaiki diri
hati:kadang-kadang hadir suatu rasa yang kita tak sedar apa itu,namun saya tahu jawapannya,,,
mata:saya mengerti,,saya gembira apa yang dihadapi antara kita,saya bukan ustazah untuk menasihati awak tp sbgai manusia n kawan tak salah kan untuk saling menasihati n mengingati,
hati:ya,,saya ada sesuatu untuk beritahu tapi saya tak kuat untuk menyatakannya,saya yakin tapi tak berani
mata:adakah ada yang berlaku terhadap dirimu hati?
hati:maafkan saya kerana bukan tiada keyakinan untuk ucapkan,sepatutnya saya ucapkan didepan dirimu, mata,,,tapi pasti dirimu tahu kan kerana tugas membuat diriku terpaksa berkata di dalam telefon,bukan tidak berani berhadapan,ttpi dirimu lebih mengerti,diriku malu tapi sebelum diriku berangkat lebih elok hasrat ini diucapkan agar dirimu membuat keputusan,tiada paksaan hanya hatimu yang mampu tahu segalanya,rasa itu telah lama hadir dalam diri ini dan kini ku mengerti bahawa hatiku telah menyukaimu,,andai dirimu menerima akan ku tunaikan hasrat ini agar dikau menjadi pendampingku selamanya,,
(saat itu menitis air mata 'mata' kerana ucapan dari hati)
mata:tidak mengapa,tapi berikan masa untuk mata
hati:ambillah masa yang diperlukan saya akan tunggu,,,
masa diambil untuk membuat keputusan dan berbekalkan solat maka jawapannya memberi kebahagiaan,,,:)
setelah keputusan diberi,,si hati berangkat keluar negara atas tugasan dan sebelum berangkat si hati telah menulis surat buat mata dan ketika dilapangan terbang mata datang berjumpa hati,,hanya senyuman tidak lekang di bibir hati yang melihat mata didepannya,,,ya 'mata' itu yang membuat 'hati'nya mengerti dan menjadi lebih matang dlm kehidupan,,,terima kasih:)

setelah 2bulan diperantauan barulah ada panggilan n mesej dari hati yang menyatakan keinginannya untuk menyunting mata n diterima baik oleh kedua buah keluarga,,rombongan merisik datang n seterusnya bertunang diadakan walau hati berada diluar negara,,,malamnya panggilan dari perantaun,,,,

hati:terima kasih mata kerana menerima saya sebagai orang yang berada dihati awak,,
mata:sama-sama begitu juga dengan dirimu hati,,,,thanks,
tanpa disedari,surat yang ditulis oleh hati sebelum berangkat telah dihantar melalui pos oleh sahabat hati kerana adalah amanah hati,,,,siapa sangka hati telah pergi untuk selamanya sebelum seminggu pulang ketanah air,,,saat mendengar berita dari keluarga hati,,mata hampir pengsan n 'mata' ini mula mengeluarkan manik2 yang hadir saat dua jiwa bersatu.

ketika menunggu jenazah hati,,mata tidak kuat n hatinya hampir lemah sedangkan selama ini inilah dugaan yang paling sedih untuk diri mata terima,nasihat n kata-kata semangat dari kedua keluarga tidak mampu untuk membuat mata kembali tersenyum,,,ketika hari pengebumian,,langkah kaki mata amat perlahan,tiada kekuatan untuk dirinya lihat sekijur jasad yang pernah hadir dihatinya ketika itu,,,,selepas mengaminkan doa,,,mata masih berada dihadapan kubur hati.
kenapa hati tinggalkan mata?mata tak kuat nak menempuhinya?sekali lagi manik itu keluar dari 'mata',,,,,,
selepas kembali dari tanah perkuburan,,mata melihat ada surat untuknya dan masuk kedalam bilik serta membuka surat,alangkah terkejut mata saat itu kerana ia adalahh surat dari hati,,,

assalamualaikum,,,
buat tatapan mata yang selalu diingati,,semoga sentiasa baik-baik,terima kasih kerana mata sudi menerima hasrat hati,hati amat gembira sangat,mungkin saat ini ketika mata membaca warkah ini mata sudah tiada,,,opss sory hati gurau je,,manalah tahu kan takut-takut tak panjang umur kan?jangan marah yea wahai mata,,,hati tiada coretan indah yang ingin hati katakan cuma hati mahu mata jaga diri baik-baik,andai apa yang terjadi nanti itu adalah suratan dariNya,,hati bersyukur kerana dipertemukan dgn mata yang buat hati telah menjadi lebih matang,,,andai tiada jodoh ingatlah hati selalu berdoa agar jika jodoh kita tiada didunia,pasti diakhirat bertemu jua,,mata pun doa juga k,,janganlah bersedih kerana hati mahu lihat 'mata' itu sentiasa memberi rasa kedamaian,,,bukan mengeluarkan air mata,,,mata doakanlah kebahagiaan buat hati k,Tapi mata andai jodoh mata tiba terimalah dengan ikhlas,,saat itu air 'mata' semakin mengalir laju..tahukah mata hati begitu gembira menemui mata dan menjadi seorang kawan yang memberi nasihat,erm cukuplah sampai disini coretan hati,hati tidak tahu ingin menulis apa lagi kerana hanya 'hati' ini yang mengetahui bahawa hati merindui mata tapi apakan daya kerana tugasan yang banyak tiada masa untuk hati mesej bertanya khabar,,hati harap mata jangan menangis dengan apa yang sudah DIA tetapkan sebab hati tahu mata kuat untuk hadapinya,,akhir kata,hati harap mata jaga diri n tabah,,

salam perantauan,,
hati,,,


sekadar coretan,,,


kadang kala tak semua benda yang dirancang pasti berjaya,DIA yang maha mengetahui n menentukan segalanya,cinta ini juga begitu,,cinta yang hadir begitu sempurna kerana bukan menurut hawa nafsu,cinta yang hadir tulus ikhlas tapi tidak bersatu dengan ikatan suci,,mungkin ada hikmahnya tapi doanya agar walau tiada jodoh di dunia,diakhirat semoga bertemu kerana hati yakin mata adalah untuknya dan jodohnya,,,




setelah sebulan pemergian hati,,,mata meneruskan hidup dengan gembira dan setiap kali melihat cincin dijari manisnya hati 'mata' menjadi sayu,keluarga hati tidak menghalang mata untuk pulangkan balik cincin tersebut,atau sebaliknya kerana keluarga hati juga mengerti perasaan mata,,ketika pagi isnin mata menaiki kereta untuk  ketempat kerja dan ingin singgah di kubur hati,,tetapi ketika dalam perjalanan mata telah mengalami kemalangan yang teruk dan koma,,,,,,,,

Tuesday, November 1, 2011

KEHIDUPAN

setelah sekian lama menyepi membawa secebis hati yang di bawa pergi,akhirnya ia kembali memcari sebuah sinar kebahagiaan,,,mamapukah ia lakukan???

kembali kekampus membawa seribu makna yg ditinggalkan diteratak kasihku,,rasa rindu sentiasa ada pada keluarga, suaranya tidak berbunyi tapi matanya sedang berkata-kata,dengan berat hati kaki melangkah pergi,,satu manik mula menuruni membasahi pipi,,,perginya kerana satu tujuan dan semua orang mengerti,,,hanya doa yang mengiringi langkah perjuangan,,,,begitulah hidup,,,,,

kali ini diduga n diuji makin berat,,rasa sakit mula mencengkam segala urat saraf yg bergelimpangan,,sakitnya amat sanagt tanpa siapa dapat mengerti,,,kata doktor tiada sakit apa-apa yang membimbangkan,,,keadaan semakin teruk dan hinggalah membawa kepada satu perkara yang diluar dugaan akal manusia,,sungguh tak disangka apa yang ingin dimahukan tak siapa mengerti,hatinya hati yang bersifat kejam dan penuh misteri membawa satu permainan dialam misteri,,,ya seluruh bahagian hidup kami diseru,,,untuk apa?aku sendiri tidak mengerti,,,mungkin itu hanya mainan hidup sang misteri yang cuba meletakkan sesuatu misteri untuk mengawal segala pergerakan kami,,geram sekali hati ini,namun apa daya,hanya doa yang sentiasa mengiringi,,,,kini ALHAMDULILAH,,,segalanya akan berakhir walau sehebat mana sang misteri,akhirnya akan kecundang jua kerana DIA lebih kuat n maha mengetahui segalanya,,,harapan agar sang misteri cepat2 sedar dan berubah menjadi baik,,,Amin,,,

cinta,,,,

ada apa dengan cinta?kadang-kadang manusia sendiri kurang mengerti tentang cinta,,bagi sesetengah cinta itu bila dua hati menyukai satu sama lain,,(lebih kuranglah),,,tapi kdg2 aku juga turut terheret dengan makna cinta yang benar dan sebetulnya,,adalah kerana pengalaamn lepas menjadikan aq lebih matang,,,entahlah diri yang masih kurang mengerti,,,salah ke kadang-kadang teman bertanya kenapa tidak mahu couple?jawapan ringkas keluar dr bibir ini ialah"biarkan DIA tentukan",,,kadang-kadang adakah ia lahir dr hati tulus sang hati ini,,,kesepian itu tetap ada n wujub tapi diri yang memahami kerana andainya ada rasa cinta,,DIA yg lebih memahami n akan menunaikan,,,,setiap saat hati dan naluri ini syukur atas segala yang trjadi,kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik n sebaliknya,,,doa yang di pinta pasti berbalas cm lambat dan cepat sahaja,,,,cinta yang pasti adalah DIA,,yang membuat sang hati ingin menangis kerana tanpa boleh berkata-kata,,,,sungguh tak terduga dek akal ini,,,YA ALLLAH terima kasih,,,sesungguhnya hamba berasa sangat kerdil,,,,

kini cinta itu datang membawa sekeping hati yang penuh dengan persoalan,mencengkan hatinya,hati yang penuh dengan kecelaruan,,kepasrahan,bersujud syukur lantas hatinya mula bersinar kembali dengan segala yang telah terjadi..kata janji yang dikotakan tergantung dengan tugas yang terpksa dijalankan,,,membawa satu persoalan dan seribu makan pada dua hati tersebut,,kini hanya doa mengiringi setiap langkah perjalanan,,andai sang hati itu adalah hati yang hilang dalam jiwa dan diri hati sang penanti,,,satukan hati2 tersebut dibawah naungan kasih suci,,agar terhindar dari segala kejahatan dalam dunia,,,satukan hati menjadi sebuah hati yang bahagia selamanya,,,,



Friday, March 18, 2011

TERIMA KASIH

sangat-sangat terima kasih buat awak yang hadir ketika saya mula mencari satu erti tentang persahabatan.
saya macam orang lain juga, tewas dalam alam fantasi tentang rasa yang ingin menikam jiwa ini, saya tak pandai nak bersajak, bersyair, menyanyi sebab saya punya kelemahan itu,,, saya ingin jadi seseorang yang boleh di banggakan oleh keluarga, kwn2, masyarakat, dan negara..
saya mahu jadi sahabat yang boleh menjadi peneman di kala kawan sedih,gembira bukan sekadar teman yang akan hilang saat temannya berduka,,,saya harap saya jadi teman terbaik buat sahabat2 saya. saya mahu kawan2 saya gembira selalu sbb saya akan happy bila lihat kawan saya suka dan rasa itu pasti ada bila kita tahu erti sebuah nilai persahabatan,,,,
kata orang bukan senang mahu cari insan yang sebegini,,, semas kita belajar, bekerja jauh dari keluarga disinilah kita mampu memahami,mentafsir siapa teman dan siapa lawan...
saya juga berdoa n berharap agar saya tidak akan menyakiti insan-insan tersayang saya ini,,,teman yang menghiasi laluan langkah yang saya atur ini,,,,
TERIMA KASIH SAHABAT,,,,:)

SAHABAT,
 dikau hadir menghiasi hidupku,
menjadi teman sejati,
menjadi teman kala sunyi n sepi,
menjadi teman kala sedih dan gembira,
menghiasi hari2 ku,
SAHABAT,
kau mengajar erti persahabatan
membawa satu cahaya abadi
memberi satu kebahagiaan,
dalam hidupku
SAHABAT
saat aku menangis,
kau ada menjadi teman
saat aku berputus asa
kau memberi kata2 semangat,
hingga aku merasa sgt bertuah
punya sahabat sepertimu.
SAHABAT,
kau hadir seperti mutiara
yang menyinari hidup temanmu
yang menjadi peneman segalanya
sungguh ku terharu sahabat.
SAHABAT
izinkan aku mengucapkan
satu kata yang bermakna
buatmu saat ini dan selamanya
terima kasih sahabat
terima kasih tidak terkata
kerana menghadirkan diri 
dalam ruang hidupku,,
seseungguhnya 
persahabatan ini amat bermakna
dan sahabat jangan dihancurkan
satu ikatan ini
kerana ia amat bermakna buatku dan buatmu
selamanya,,,,,,


p/s: seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya,,,,,(mutiara kata-kata hikmah)


sahabat adalah insan yang sentiasa ada dalam apa jua keadaan,
saya harap awak begitu,
yang akan menceriakan hari saya,
yang buat saya tersenyum
melihat telatah awak,
awak yang buat saya gembira,
melupakan segalanya,
saya harap awak begini selalu,
walau suatu hari nanti kita berjauhan,
dipisahkan oleh satu jarak berbeza,
saya harap juga awak tak lupakan saya,
kerna saya sentiasa akan ingat awak,
ingat persahabatn kita,,,,

Terima kasih buat sahabat yang menghiasi diriku ini


Saturday, March 12, 2011

TUHAN AMPUNKAN AKU

sudah lama aku berada di ruang yang dihadiahkan olehNya yang penuh dengan keseronokan,,,kadang2 alpa dan lupa untuk menjalankan tugas sebagai khalifahnya,,pelbagai tanda muncul hingga sampaikan manusia itu lupa kerana itu adalah sebahagian daripada petandanya,,,begitulah yang berlaku pada 11.3.2011 tsunami muncul di jepun setelah 5 tahun dahulu muncul di acheh,,,itulah satu petanda besar dariNya tapi kita hanya anggap ia hanya satu kejadian biasa,,,pelbagai perspektif muncul dari segi agama dan sains,,namun jika digabungkan pasti kita tahu kenapa semua itu berlaku kan??
fikir-fikirkanlah wahai semua insan,,,,kita beringat-ingat sebelum terlambat,,,,,,



begitu juga aku insan yang tidak pernah lari dari kesilapan dalam kehidupan,,,,DIA bagi kita buat apa sahaja dalam hidup,tak pernah larang untuk berseronok tapi ingatlah akhirat kelak apa yang kita buat dan lakukan itulah menjadi syarat kemana kaki kita melangkah sama ada kanan dan kiri,,,
semua manusia ada buat salah tapi masih sempat untuk berubah kerana DIA sangat sayangkan umatNya,bertaubat adalah satu perkara yang disukaiNya kerana masih sempat berubah sebelum mengadNya nanti,,,,janjiNya akan ditunaikan,,walau dosa sebesar zarah pasti terhakis jika cahaya keimanan sudah menusuk masuk kedalah diri insan itu,,percayalah cahaya itu bakal bersinar dengan janji yang di katakan,,,,




aku juga begitu,terlalu sukar untuk ditafsir tentang apa yang telah mencalit satu titik yang membuat kita jadi alpa dengan keseronokan,dosa tetap muncul saat kita leka,,,tak kira dari tutur kata sekalipun dan dari segi pakaian ia akan muncul,,,kita tak sedar sebab kita tak boleh menilai dosa kita mahupun orang lain,,hanya Dia yang tahu,,,moga ada kesempatan untuk dicintaiNya dengan penuh kemuliaan suatu hari kelak,,
  





Monday, March 7, 2011

SETAHUN TELAH BERLALU

setahun telah berlalu telah mencoretkan seribu kenangan dalam hidup seorang insan.  rasa yang sekian lama hadir kini kerana tarikh hari ini seorang insan terpaksa terima hakikat bahawa segalanya berakhir tanpa satu sebab  kenapa harus terjadi,,,??
rasa itu mula mencengkam dalam sudut ruang kamar hati insan tersebut,,,,sayu dan sedih menjadi teman dimalam sepi sang  cahaya yang kian pudar dalam jiwanya,,,,kadang-kadang tertanya2 kenapa terjadi/?sukar untuk cari mana puncanya,,,namun akhirnya rasa itu dibiarkan pergi seperti angin yang berlalu,,,
sakitnya hati bila berlaku sebegini namun harus kuat untuk hadpi semua yang terjadi,,,
rasa itu terlalu sukar untuk ditafsirkan namun setahun itu telah mematangkan seorang insan wanita mengerti suka duka dalam kehidupan,,,,langkah baru mula diatur dan berjalan seiring nafas baru setelah rasa yang dulu dibiarkan pergi jauh untuk selamanya,,,biar hati dan jiwa bernyanyi merdu seiringnya agar hati mula memahami erti sebenarnya,,,
kini bangkit menjadi setabah dan secekal agar tak tersungkur lagi dalam medan perjalanan ,,
doa dan  keazaman telah ditanam cuma agar benih itu mula menjadi sentiasa tenang selamanya,,,hati yang dipupuk kembali agar bisa menjadi orang lain,,,walau orangnya berlainan tapi hatinya tetap satu,,hatinya milik insan itu,insan yang berduka kerana kesilapan sang kekasih yang tidak mengerti segalanya,,,,




p/s:cinta seorang wanita amat tinggi kalu dia sayang seseorang lelaki itu TAPI cinta sang lelaki belum pasti tinggi nilainya kerana kadang-kadang sukar nak ditafsirkan dengan kata-kata.

biarkan semua itu pergi,
cukup setahun ia berlalu kini,
usah mencoretkan kata-kata
yang nista pada insan wanita ini,
biarkan ia tenang dan damai,
biarkan ia gembira,
usah dikau mereka-reka cerita,
menjadikan ia lemah kembali,
terlalu sukar untuk dia terima 
DAHULU,,apa yang terjadi,
hingga dikau tidak mengerti hati seorang wanita,
yang menyayangimu setulus hati,
tapi dikau biarkan dia menangis,
kini kau biar dia menderita lagi,,,
tergamaknya kau,,,
kata-kata nista kau lontarkan padanya lagi,
biarkan dia bahagia,
dia perlu bahagia,,
jangan kau buat begitu,,,
kerna yang pasti,
dia bukan kawanmu lagi,
setelah apa yang terjadi,
malah tiada kata maaf darinya untukmu....


,,,,,,~ ~,,,,,,,INSAN YANG LEMAH...

Saturday, March 5, 2011

DIA DATANG LAGI

setiap tahun dia datang,dari tahun 2010 dan 2011 pasti dia muncul dengan bertemakan pelbagai,,itulah realitinya,,,sampaikan aku pening kerana tidak tahu nak buat apa lagi agar setiap tahun itu dia datang dengan kemudahan kepada setiap orang,,,,

saya dah agak pasti semua orang tertanya kan apa yg datang setiap tahun itu,,tidak lain dan tidak bukan,yang pasti semua kolej kediaman meraikan dengan jayanya,,begitu juga dengan kolej yang saya dusuki,,kolej keris mas,,,tema tahun ini ialah tema elegence,,black n pearl,,,tapi aku cuma memakai baju kurung je bersama roomte yang hampir sama dengan bajuku itu,,,dalam takde mood pergi juga kerana mahu makan,,rugilah bayar tapi tak makan,,betul tak kawan-kawan,,,kalau betul tolong jawab yea.....heheheheehhe

kat sini saya sertakan gambar-gambar saya dan kawan-kawan roomte,,
hati yang bersedih harus diisi dengan melakukan aktiviti agar kita dapat melupakan segala yang berlaku,,,itulah yang sentiasa menganggu ruang legar kotak mindaku sejak dua minggu lepas,,,semoga insan yang tersayang dikampung sihat sejahtera selalu,,,


gambar-gambar semasa dinner kolej 

semasa menunggu bas


bersama roomate


bersama sahabat roomte

sebelum balik sempat lagi bergambar,,he

selepas menjamu selera

sempat bergambar lagi,,,:)


inilah serba sedikit gambar yang kami rakamkan sebagai kenangan,,,:) kenyang sangat malam tu,,,semoga kenangan ini sentiasa mekar dalam memoriku,,,,terima kasih buat zatil yang banyak memberi semangat sepanjang sebelum pergi dinner kerana mampu membuat diriku lebih tabah untuk hadapi semua yang telah berlaku,,,:)


hidup ini tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

saya keliru dengan perasaan awak,,
awak juga keliru dengan perasaan dia,
lalu kita membuat keputusan
lupakan tentang perasaan,
capai apa yang perlu dalam kehidupan,
awak kata itu yang terbaik,,
saya sokong,,tapi awak seperti berduka,
awak sedih atau kecewa?
orang yang awak tunggu dan harapkan tu
dah lupakan awak,,dah tak ingat lagi
awak buat-buat gembira tapi hati awak 
sedih kan???
saya kawan awak,,saya mahu lihat awak 
gembira,tak mahu awak sedih lagi,,,,
saya mahu lihat awak tersenyum...
senyum lah,,,macam ni....:)
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,




Friday, February 25, 2011

Di saat aku mencintaimu,,,


mesti korang yang baca  blog saya hari terkejut kan?apa tidaknya entri kali ni buat korang terfikir-fikir siapa yang telah buat saya  jatuh cinta kan?;)
lalalalalalalalalalalalalal:[ opss nyanyi lak,oklah kmbli kat tajuk utama ye,,,jeng jeng
sbnrnya mmg saya mencintainya,sbb sllu dlm hati sya ni n sllu di hati stp manusia kat muka bumi  ini,pasti korang dah agak kan siapakah itu?


oklah berbalik kepada entri kali ni saya tak tahu nk cerita pasal pe,,kadang-kadang boring,bosan,sedih,gembira,sakit...tapi tu dah lumrah alam kan?mana ada manusia tkde perasaan,klu tkde msti plik kan?cb korang fikir klu mnsia tkde prsaan apa yg jadi,msti plik kan?

contohnya:klu korang tgok pkwe korang dgn sorang awek lain,marah tak?msti mrh kan,silap kuar api,,hukhukhuk,,,(tiada kaitan dgn sesape ye)

biasalah tu kepada yg bercinta ye,jagalah prsaan hati pasangan anda masing-masing ye,semoga kalian akan berkekalan hingga akhir hayat,,saya doakan trtma buat sahabat saya yag dua org tu ye,,,huhuhuhuhu


oklah sudah smpi saat saya katakan sesuatu buat korang ye,,,gempaq tau korang msti happy tak pun nangis sakan(tkde kaitan langsung),,,tajuk entri tu tlh hdr saat jiwa ssrg mrsakan satu rasa yang bhgia tapi kata orang pengorbanan tu pntg kan?klu btul dia jdh untk kita insya-ALLAH suatu hr nnti kita pasti bersatu dgn nya,btul tak?msti korang sokong saya 100%,,,,,,:)

khdpn tu satu yg prlu kita lalui walau mnyakitkan sbb dlm myktkan pasti ada kgmbraan yg akn muncl,,,kdg2 org plik dgn tgkahku,,bahagia ke?sedih ke?mgkn sbb aq ni perahsia kot,,,~ ~~``~~,,,,,bila dh sdh bgtu trgat lagu yg dadali nyanyi tu,,yg bertajuk "disaat aku mencintaimu",,,tapi akhirnya ditgalkan,,,tapi knpa?mgkn itulah prsoalan yg dicari n katanya msti yakin dgn pngrbanan,,klu korang sggup tak??




p/s:pengorbanan itu terlalu sakit n payah untuk diterima walau dlm keterpaksaan,,,,
       namun kerana satu kata yg harus difikir,,lalu jln kedukaan yg dipilih antara dua hati
       diambil walau tangisan yang mengiringi langkahmu,,,,



semoga sang hati tetap teguh
biarpun telah berlalu pergi,
menerima satu ketentuan,
yang terlalu sukar,
yang pasti hati mereka,
masih bisa mengingatinya,
menjadi satu cebisan,
mengharungi nota-nota,
kehidupan ini.......