Wednesday, April 4, 2012

SeBeLuM BaLiK kAmPuNg

sebelum berangkat balik ke kampung pada 6.4.2011,jumaat ini aqu lalui temph yang sukar,,ya sukar walau terpaksa,,kerana tidak thu class batal pada hr jumaat aqu beli tiket balik lewat,,detik yg sukar kerana masalah kad bank yag rosak menyebabkan aqu kesempitan wang,,aqu terpksa bertahan sampai hari jumaat untuk tidak makan,,duit hanya ada utk tambang teksi,,,ibarat puasalah ni,,aqu yakin mampu bertahan tanpa owg lain mengetahuinya....

detik yang dilalui ibarat seperti satu cabaran buatku,,ya kadang-kadang timbul sejenak nasib orang-orang miskin yang tidak makan dan berlapar berlama-lama sedangkan aqu ini hanya tiga hari tanpa makan nasi,,,sedihnya kan?tapi apa nak buat,,kurahsiakan semua ni dari kawan-kawan,,aqu tak mahu susahkan sape2 cukuplah sekadar aqu cuba untuk menyahut cabaran begini dalam hidupku...

orang kata semangat yang kuat tu penting tak kira apa yang kita lakukan,,betul tak?
cuma aqu berharap tiada apa-apa yang berlaku nanti sebab aqu ada gastrik,skrg bergantung pada air,,,,ibarat satu pertarungan kan?hihihihi

doa yang kupinta agar aku kuat n smgt tuk bertahan,,,dgn membaca blog masakan n makanan membuat aqu berasa sangat berlainan,huhuhuhuhu,,
p/s:  waaa cptlah masa berlalu,,tak tahan nak balik windu my budak temban,,baby adila,,,atih windu sama kamu baby,,,tunggu tau,,,n tak lupa juga buat kakak insyirah si perubat rindu,,kamu berdua adalah buah hati saya sejak kecil lagi,,,
atih rindu masa korang kecik-kecik dulu,,kamu sangat nakal n ingatlah suatu hr nanti nama kamu adalah daripada pemilihan atih,,,atih bagi nama yang sedap-sedap agar korang jadi manusia yang terbaik tau,,pape pun kamu berdua akan sentiasa dihati atih walau dimana atih berada..:)

windu sama kamu kakak n baby..~~:((...

Tuesday, March 27, 2012

PERJALANAN HARI SELASA

perjalanan yg dirancang bersama ain dan hajar untuk ke um telah berlaku namun kerana mslh kshtn slh seorg kwn,iaitu ain kerana demam mnybbkan hnya aq dan hajar yang pergi,,,kami naik zon6k kul 10.30 dan sampai di mid valley dalam kul 11 lebih dan terus mngmbil teksi ke UM,,,di UM hajar mnghbgi shbtnya untuk ke pustaka bagi mencari bahan,,,disana amat ssh ckit bila nak tgok thesis tak mcm kat UKM,,,
prtrn yg ketat tp alhamdulilah kami perolehi bhn tuk thesis dan berangkat ke mid valley kul 4.30 kerana takut nnti jem ditgh jalan,,,,sampai disana kami menonton wayang 7 PETALA CINTA,,,,ya sungguh menarik n best sgt2 crta dia,,smsa dlm panggung hanya 10 orang jea yang ada,,semua psgn kekasih,,,cerita yang mempunyaai mesej yang amat menarik untuk ditonton oleh semua golongan,,,yg plg kelakar aq yg tak mahu nangis last2 nangis gak,,waaaa malunya,,hihihihihi tp tkpe bukan ada owg tahu pun,,,hihihhihi

thanks buat hajar kerana sudi teman sy menonton filem,,bukan skdr untuk suka2 tapi bagi memenuhi tugasan subjek filem melayu,,,
thanks sbb walau penat tapi ia berbaloi kerana 2 kerja berjalan serentak,,,,tak best sbb berdua je kan?
kami lpa bw kamera untuk buat kngan,,,tp takpelah,,,:))

p/s:bila blik dah pnt n kpla sakit smpi demam,,,:))
smga prjlnn kita membawa keberkatanNYA dlm mencari ilmu,,,,lain kali ada ms n rezeki kita prgi tgok wyg lagi yea,,hihihihi:)

Friday, March 23, 2012

RINDU KAMPUNG HALAMAN

hari-hari mesti tel kampung tanya keadaan kuarga,ma bertambah baik,Alhamdulilah...
bersyukur tak terhingga padaNYA kerana memberi kesihatan yang baik. hati mana yang tidak bimbang bila mendapat berita keadaan ma yang kurang sihat...
hanya doa yg kupinta agar kuarga dikmpg sntsa sihat dilindungiNYA,,,

hati yang merindui keluarga dikampung tidak mampu ditahan lagi,walau 2 minggu itu sudah tidak lama,,ya merindui untuk bersama keluarga dan makan masakan ma yg sangat sedap...tak sabar rasanya,,tugasan thesis yang ada kadang-membuat aku lupa akannya,,idea yang dicari tidak dijumpai malah aku biarkan ia terkapai-kapai meminta aku untuk menyelusuri abjad2 di laptop untuk menyiapkannya,YA ALLAH bagilah hambamu ini kekuatan untuk menyiapakan thesis yang menentukan keadaana aku nanti,,,

skrg aq berharap agar segala tugasan mampu dilakukan dengan baik dan berjaya AMIN,,,
ucapan terima kasih buat penyeliaku DR MAWAR SHAFIE yang tdk jemu-jemu memberi cadangan dan idea tatkala aq ketandusan idea n tidak dapat mencari idea2 untuk thesis,,kini walau bab 2 berjalan namun hati masih bmbg dan takut,,,bukan sng nak siapkan n mencapai apa yang dimahu bagi mendapat keputusan yang baik,,,
pape pun semoga berjaya yea:)

p/s: yakin boleh n berusaha k,,,:))

Wednesday, February 29, 2012

TAHUN 2012

tahun baru telah 2bulan berlalu meninggalkan seribu macam kenangan yang sukar untuk digambarkan,bermacam rasa ada pahit, manis dan sebaigainya.begitu juga setiap manusia pasti akan merasakannya,,,,hidup dan mati adalah pasti..pemergiaan saudara yang jauh meninggalkan satu momen terhadap hidup ini...MATI adalah pasti tiada yg mampu mengelakkannya,MATI juga memberi satu keinsafan pada manusia untuk melihat disebaliknya......


ku tinggalkan peristiwa itu agar menjadi pedoman dalam hidup yang akan diteruskan....satu ikatan yang terjalin menjadikan manusia mula menilai tentangnya...kini ikatan yang bersatu diteruskan menjadi satu semangat untuk perjuangkan,biar apa kata orang yang pasti kita tahu apa yang kita lakukan,,,,hati merintih berlagu sendu mula mengorak langkah dalam sanubari ini,tak siapa sedar dan lihat hati ini,,yang perit tatkala berjuang demi maruah yang dicanangkan oleh seorang manusia yang tidak mengetahui,,,lalu kami mula dihina dan difitnah..berderai air mata jatuh membasahi bumi yang telah kering disitu,,,ya HATI SEORANG LELAKI.....yang selama ini teguh berdiri,gagah perkasa,yang sering tersenyum,dimaki,dihina dan dihentam akhirnya gugur jua,YA ia tewas dgn manusia yang terlalu rapat dengannya yang percaya pada fitnah manusia hingga maruah menjadi sandaran....


KINI,,,
dia yang sering kulihat tersenyum gembira menyembunyikan rasa sedih disebalik kacamata tersebut,,hati ini mengetahui walau tidak diberitahu.....hanya Pada ALLAH kami berdoa agar kami tabah hadapi fitnah manusia...pelbagai dugaan mendatang tapi kami yg lebih mengetahui,,,,sekali lagi suaranya kedengaran berbeza,,,YA IA MENANGIS,,,,,bukan kerana ia lemah........sebagai lelaki orang selalu cakap ia kuat dan tak menangis kerana smbunyikan untuk tdk nampak lemah kan?tapi manusia kadang2 akan mngis jua bila dgaan yang datang itu tidak tertanggung oleh hati.....luahan hati sang lelaki menjadi satu rasa dalam hidupnya...hanya ketabahan yang sering diusahakan,untuk lupakan segalanya,berusaha untuk tersenyum agar hati kami tidak lagi berduka....


p/s: ~~tabahkan hatimu wahai sang kekasih,kerana DIA ada untuk hari2 mu,,percayalah cinta padaNYA melebihi segalanya...yakinlah semua akan reda kerana apa yang berlaku menjadi satu pengajaran untuk kita dengan manusia sekeliling.....



Friday, December 9, 2011

TERUSKAN

hujung semester akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi, minggu study week dan exam akan menjelma,persiapan untuk berhadapan dengannya belum cukup lagi untuk melukiskan ayat-ayatnya.hati dirundum rasa bimbang kerana banyak perkara yang belum selesai terutama esei untuk setiap subjek pada semester ini...terpaksa berkorban segalanya terutama masa,kini bukan masa yang mengejar tetapi diri ini yang cuba mengejar masa,,,inilah padahnya selalu sangat menagguhkan kerja tetapi bukan sepenuhnya menangguhkannya tetapi disebabkan kuliah dari pagi sampai petang sehingga masa yang ada terlalu sedikit tetapi insya-ALLAH pasti siap walaupun masa hanya ada 2minggu sahaja.untuk ilmu sanggup berkorban apa sahaja kan??malam ini menyiapkan esei berteman kerana rakan sebilik juga turut 'berkampung' untuk menyiapkan esei..

TAPI rasa kesian pada teman sebilik kerana kerana tidak menghadirkan diri tutorial terpaksa dikenakan tindakan dengan menyiapkan esei sebanyak 30mukasurat dan kena hantar pada hari isnin nanti,,sungguh tidak terduga ada juga seorang 'lec' yang sanggup bertindak sedemikian terutama walaupun seseorag itu punya alasan kerana tidak sihat.wajarkah sikap sedemikian ada pada seorang yang merupakan contoh kepada pelajarnya???fikir2 kanlah,,,,,

Hari ini juga saya mendapat tajuk thesis saya,,,,,,simbolisme dalam novel nyali.....macam menarik kerana kajian akan tertumpu kepada politik diindonesia dan dibuat perbandingan terhadap simbol yang digunakan dalam nyali dalam melambangkan politik tersebut,,,namun saya masih pening untuk memulakannya,,,siapakah yang baik hati untuk menolong sya ini,hehehehehe:)

sape nak bagi semangat untuk saya kalau buka diri saya kan??walau pape pun kena teruskan juga untuk menyiapakan segalanya minggu ini,,,

Wednesday, November 23, 2011

BERSYUKUR

Alhamdulilah bersyukur kehadratNya,,,setiap kali kaki melangkah menyusuri tembok-tembok kehidupan sepanjang tempoh 4bulan di kampus...walau berbagai kata menyusup masuk kedalam ruangan secebis hati namun berbekalkan semangat dan dorongan,dapat ditempis walau kadangkala hampir tersungkur,,

semester ini amat berat untuk dilalui dengan tugasan yang banyak,lebih-lebih lagi terpaksa repeat balik 1 paper yang lepas,,kadang-kadang tak siapa tahu gelodak yang bermain dalam jiwa,namun hanya semangat yang hadir memberi satu kata yang terbaik untuk buat segalanya,ALHAMDULILAH,,:)

bersyukur juga kerana keadaan ma dikampung semakin baik,,tidak terkata dalam hati tatkala mendapat panggilan dari kampung mengatakan keadaan makin baik,,,Alhamdulilah keatasNya,,,

Alhamdulilah juga kerana dia semakin matang dan mampu menilai atas dirinya,menjadi seorang yang tahu akan masa depan dan hidupnya,,"mahu terbaik untuk kehadapan walau dah banyak menyusahkan orang sekeliling,,apa guna menghukum orang dengan buat perkara yang menyusahkan hidup orang,memang duit penting tapi mcm mana kalau nnti akan menyusahkan hidup keluarga",hidup tak tenang tapi THANKS buat sahabat kepada dia yg menasihatinya,,kini hatinya nekad dan syukur Alhamdulilah Ya ALLAH kau membuka hatinya,,,saat itu hati ini tersenyum dan gembira,,,diri ini selalu mendoakan kegembiraan untuknya,,,

salam perkenalan dari insan yang bernama 'hati' buat dirimu 'mata'

hati:salam ikhlas untukmu wahai insan yang pernah membuat diriku semakin matang dlm kehidupan,,bukan untuk menganggu tapi sekadar ingin bertanya khabar,,
mata:salam ikhlas juga,tidak mengapa kerana setiap manusia tidak pernah sempurna,yang penting kita cuba perbaiki diri
hati:kadang-kadang hadir suatu rasa yang kita tak sedar apa itu,namun saya tahu jawapannya,,,
mata:saya mengerti,,saya gembira apa yang dihadapi antara kita,saya bukan ustazah untuk menasihati awak tp sbgai manusia n kawan tak salah kan untuk saling menasihati n mengingati,
hati:ya,,saya ada sesuatu untuk beritahu tapi saya tak kuat untuk menyatakannya,saya yakin tapi tak berani
mata:adakah ada yang berlaku terhadap dirimu hati?
hati:maafkan saya kerana bukan tiada keyakinan untuk ucapkan,sepatutnya saya ucapkan didepan dirimu, mata,,,tapi pasti dirimu tahu kan kerana tugas membuat diriku terpaksa berkata di dalam telefon,bukan tidak berani berhadapan,ttpi dirimu lebih mengerti,diriku malu tapi sebelum diriku berangkat lebih elok hasrat ini diucapkan agar dirimu membuat keputusan,tiada paksaan hanya hatimu yang mampu tahu segalanya,rasa itu telah lama hadir dalam diri ini dan kini ku mengerti bahawa hatiku telah menyukaimu,,andai dirimu menerima akan ku tunaikan hasrat ini agar dikau menjadi pendampingku selamanya,,
(saat itu menitis air mata 'mata' kerana ucapan dari hati)
mata:tidak mengapa,tapi berikan masa untuk mata
hati:ambillah masa yang diperlukan saya akan tunggu,,,
masa diambil untuk membuat keputusan dan berbekalkan solat maka jawapannya memberi kebahagiaan,,,:)
setelah keputusan diberi,,si hati berangkat keluar negara atas tugasan dan sebelum berangkat si hati telah menulis surat buat mata dan ketika dilapangan terbang mata datang berjumpa hati,,hanya senyuman tidak lekang di bibir hati yang melihat mata didepannya,,,ya 'mata' itu yang membuat 'hati'nya mengerti dan menjadi lebih matang dlm kehidupan,,,terima kasih:)

setelah 2bulan diperantauan barulah ada panggilan n mesej dari hati yang menyatakan keinginannya untuk menyunting mata n diterima baik oleh kedua buah keluarga,,rombongan merisik datang n seterusnya bertunang diadakan walau hati berada diluar negara,,,malamnya panggilan dari perantaun,,,,

hati:terima kasih mata kerana menerima saya sebagai orang yang berada dihati awak,,
mata:sama-sama begitu juga dengan dirimu hati,,,,thanks,
tanpa disedari,surat yang ditulis oleh hati sebelum berangkat telah dihantar melalui pos oleh sahabat hati kerana adalah amanah hati,,,,siapa sangka hati telah pergi untuk selamanya sebelum seminggu pulang ketanah air,,,saat mendengar berita dari keluarga hati,,mata hampir pengsan n 'mata' ini mula mengeluarkan manik2 yang hadir saat dua jiwa bersatu.

ketika menunggu jenazah hati,,mata tidak kuat n hatinya hampir lemah sedangkan selama ini inilah dugaan yang paling sedih untuk diri mata terima,nasihat n kata-kata semangat dari kedua keluarga tidak mampu untuk membuat mata kembali tersenyum,,,ketika hari pengebumian,,langkah kaki mata amat perlahan,tiada kekuatan untuk dirinya lihat sekijur jasad yang pernah hadir dihatinya ketika itu,,,,selepas mengaminkan doa,,,mata masih berada dihadapan kubur hati.
kenapa hati tinggalkan mata?mata tak kuat nak menempuhinya?sekali lagi manik itu keluar dari 'mata',,,,,,
selepas kembali dari tanah perkuburan,,mata melihat ada surat untuknya dan masuk kedalam bilik serta membuka surat,alangkah terkejut mata saat itu kerana ia adalahh surat dari hati,,,

assalamualaikum,,,
buat tatapan mata yang selalu diingati,,semoga sentiasa baik-baik,terima kasih kerana mata sudi menerima hasrat hati,hati amat gembira sangat,mungkin saat ini ketika mata membaca warkah ini mata sudah tiada,,,opss sory hati gurau je,,manalah tahu kan takut-takut tak panjang umur kan?jangan marah yea wahai mata,,,hati tiada coretan indah yang ingin hati katakan cuma hati mahu mata jaga diri baik-baik,andai apa yang terjadi nanti itu adalah suratan dariNya,,hati bersyukur kerana dipertemukan dgn mata yang buat hati telah menjadi lebih matang,,,andai tiada jodoh ingatlah hati selalu berdoa agar jika jodoh kita tiada didunia,pasti diakhirat bertemu jua,,mata pun doa juga k,,janganlah bersedih kerana hati mahu lihat 'mata' itu sentiasa memberi rasa kedamaian,,,bukan mengeluarkan air mata,,,mata doakanlah kebahagiaan buat hati k,Tapi mata andai jodoh mata tiba terimalah dengan ikhlas,,saat itu air 'mata' semakin mengalir laju..tahukah mata hati begitu gembira menemui mata dan menjadi seorang kawan yang memberi nasihat,erm cukuplah sampai disini coretan hati,hati tidak tahu ingin menulis apa lagi kerana hanya 'hati' ini yang mengetahui bahawa hati merindui mata tapi apakan daya kerana tugasan yang banyak tiada masa untuk hati mesej bertanya khabar,,hati harap mata jangan menangis dengan apa yang sudah DIA tetapkan sebab hati tahu mata kuat untuk hadapinya,,akhir kata,hati harap mata jaga diri n tabah,,

salam perantauan,,
hati,,,


sekadar coretan,,,


kadang kala tak semua benda yang dirancang pasti berjaya,DIA yang maha mengetahui n menentukan segalanya,cinta ini juga begitu,,cinta yang hadir begitu sempurna kerana bukan menurut hawa nafsu,cinta yang hadir tulus ikhlas tapi tidak bersatu dengan ikatan suci,,mungkin ada hikmahnya tapi doanya agar walau tiada jodoh di dunia,diakhirat semoga bertemu kerana hati yakin mata adalah untuknya dan jodohnya,,,




setelah sebulan pemergian hati,,,mata meneruskan hidup dengan gembira dan setiap kali melihat cincin dijari manisnya hati 'mata' menjadi sayu,keluarga hati tidak menghalang mata untuk pulangkan balik cincin tersebut,atau sebaliknya kerana keluarga hati juga mengerti perasaan mata,,ketika pagi isnin mata menaiki kereta untuk  ketempat kerja dan ingin singgah di kubur hati,,tetapi ketika dalam perjalanan mata telah mengalami kemalangan yang teruk dan koma,,,,,,,,

Tuesday, November 1, 2011

KEHIDUPAN

setelah sekian lama menyepi membawa secebis hati yang di bawa pergi,akhirnya ia kembali memcari sebuah sinar kebahagiaan,,,mamapukah ia lakukan???

kembali kekampus membawa seribu makna yg ditinggalkan diteratak kasihku,,rasa rindu sentiasa ada pada keluarga, suaranya tidak berbunyi tapi matanya sedang berkata-kata,dengan berat hati kaki melangkah pergi,,satu manik mula menuruni membasahi pipi,,,perginya kerana satu tujuan dan semua orang mengerti,,,hanya doa yang mengiringi langkah perjuangan,,,,begitulah hidup,,,,,

kali ini diduga n diuji makin berat,,rasa sakit mula mencengkam segala urat saraf yg bergelimpangan,,sakitnya amat sanagt tanpa siapa dapat mengerti,,,kata doktor tiada sakit apa-apa yang membimbangkan,,,keadaan semakin teruk dan hinggalah membawa kepada satu perkara yang diluar dugaan akal manusia,,sungguh tak disangka apa yang ingin dimahukan tak siapa mengerti,hatinya hati yang bersifat kejam dan penuh misteri membawa satu permainan dialam misteri,,,ya seluruh bahagian hidup kami diseru,,,untuk apa?aku sendiri tidak mengerti,,,mungkin itu hanya mainan hidup sang misteri yang cuba meletakkan sesuatu misteri untuk mengawal segala pergerakan kami,,geram sekali hati ini,namun apa daya,hanya doa yang sentiasa mengiringi,,,,kini ALHAMDULILAH,,,segalanya akan berakhir walau sehebat mana sang misteri,akhirnya akan kecundang jua kerana DIA lebih kuat n maha mengetahui segalanya,,,harapan agar sang misteri cepat2 sedar dan berubah menjadi baik,,,Amin,,,

cinta,,,,

ada apa dengan cinta?kadang-kadang manusia sendiri kurang mengerti tentang cinta,,bagi sesetengah cinta itu bila dua hati menyukai satu sama lain,,(lebih kuranglah),,,tapi kdg2 aku juga turut terheret dengan makna cinta yang benar dan sebetulnya,,adalah kerana pengalaamn lepas menjadikan aq lebih matang,,,entahlah diri yang masih kurang mengerti,,,salah ke kadang-kadang teman bertanya kenapa tidak mahu couple?jawapan ringkas keluar dr bibir ini ialah"biarkan DIA tentukan",,,kadang-kadang adakah ia lahir dr hati tulus sang hati ini,,,kesepian itu tetap ada n wujub tapi diri yang memahami kerana andainya ada rasa cinta,,DIA yg lebih memahami n akan menunaikan,,,,setiap saat hati dan naluri ini syukur atas segala yang trjadi,kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik n sebaliknya,,,doa yang di pinta pasti berbalas cm lambat dan cepat sahaja,,,,cinta yang pasti adalah DIA,,yang membuat sang hati ingin menangis kerana tanpa boleh berkata-kata,,,,sungguh tak terduga dek akal ini,,,YA ALLLAH terima kasih,,,sesungguhnya hamba berasa sangat kerdil,,,,

kini cinta itu datang membawa sekeping hati yang penuh dengan persoalan,mencengkan hatinya,hati yang penuh dengan kecelaruan,,kepasrahan,bersujud syukur lantas hatinya mula bersinar kembali dengan segala yang telah terjadi..kata janji yang dikotakan tergantung dengan tugas yang terpksa dijalankan,,,membawa satu persoalan dan seribu makan pada dua hati tersebut,,kini hanya doa mengiringi setiap langkah perjalanan,,andai sang hati itu adalah hati yang hilang dalam jiwa dan diri hati sang penanti,,,satukan hati2 tersebut dibawah naungan kasih suci,,agar terhindar dari segala kejahatan dalam dunia,,,satukan hati menjadi sebuah hati yang bahagia selamanya,,,,