Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

tanpa duga tahun baru telah muncul (2011) telah meninggalkan tahun lama (2010).banyak kenangan yang telah terpahat dalam kamus kehidupan, tahun lama telah menjadi satu memori yang sukar untuk dilupakan kerana banyak mematangkan hidup ini untuk mengenal erti sebuah persahabatan,erti kasih sayang. terlalu sukar untuk ditafsirkan.kini tahun baru muncul lagi,,,kata orang bila tahun baru muncul azam baru juga perlu ada, betul ke?bagi diri ini azam ada atau tidak tidak penting, kerana yang penting adalah kita menadah tangan berdoa dan bersyukur kerana masih lagi bernafas untuk meneruskan hidup,,,mencapai cita-cita,namun kadang kala manusia lupa diri bila muncul tahun baru mereka meraikan tahun baru dengan berparti dan berseronok,,,fikirlah adakah itu budaya kita?tak salah sambut tapi dengan cara betul...




                                                 selamat tahun baru semua kawan-kawan

bagi diriku tahun 2010 adalah satu tahun yang meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari kerana aku mula memahami erti hidup,,,apa yang kita miliki tak kan kekal selamanya,,betul tak?aku menerima satu ini ketentuan ilahi dengan penuh kesyukuran....namun penghujung tahun 2010,,,satu anugerah darinya muncul namun anugerah itu belum pasti akan kekal untuk diriku yang terpilih,,,
semoga tahun baru ini akan memberi satu keindahan buatku,,Amin.



                       hidup ini tidak selalunya indah TETAPI yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

No comments:

Post a Comment